TENOM: Seorang saksi perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret hari ini bahawa disyaki terdapat maklumat berkaitan sesuatu kesalahan jenayah dalam telefon bimbit yang dirampas daripada tertuduh.
Saksi keempat perbicaraan itu ASP Siti Nooraini Mohd Sahid berkata kemungkinan terdapat maklumat atau bukti yang boleh menjurus kepada sesuatu kesalahan jenayah yang merujuk kepada Lew atau pengadu kes.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Ram Singh yang mewakili Ebit Lew apabila ditanya apakah yang dimaksudkan 'kerana terdapat keraguan munasabah' dalam keterangan pegawai polis itu pada perbicaraan tersebut.
Dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Siti Nooraini berkata telefon bimbit itu dirampas pada 19 Ogos tahun lepas dan tiada telefon bimbit lain yang dikemukakan tertuduh pada ketika itu.
Sementara itu, Siti Nooraini tidak bersetuju apabila peguam Ram Singh menyatakan bahawa tindakan merekod keterangan seorang saksi daripada sebuah syarikat keselamatan siber iaitu LGMS Berhad adalah menghina mahkamah kerana beliau hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan.
Siti Noraini juga tidak bersetuju dengan dakwaan Ram Singh bahawa tindakan merekod keterangan saksi itu boleh menyebabkan penghinaan terhadap mahkamah.
Ram: Anda mengaku bahawa anda telah menyoal dan merekod keterangan seorang pemeriksa, Hoo Kah Yan. Adakah anda tahu Hoo sebagai perunding digital kanan LGMS berpotensi menjadi saksi pembelaan?
Siti Nooraini: Saya tidak pasti.
Siti Nooraini berkata laporan yang diperoleh daripada syarikat itu diperlukan pihak polis untuk tujuan analisa bagi membuat perbandingan dengan maklumat atau dokumen sedia ada dalam kes tersebut.
Siti Nooraini berkata laporan yang diperoleh daripada syarikat itu diperlukan pihak polis untuk tujuan analisa bagi membuat perbandingan dengan maklumat atau dokumen sedia ada dalam kes tersebut.
Sementara itu saksi kelima ASP Norfazliyani Zolkapeli dalam keterangan memaklumkan telah merampas sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy berwarna biru, satu sim kad Unifi dan kad memori daripada pengadu pada 7 Ogos tahun lepas.
Beliau berkata selepas rampasan dibuat, semua barang kes itu telah diserahkan kepada pegawai penyiasat iaitu DSP Noor Asyikin Shamsuri pada hari yang sama.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung pada 7 hingga 10 Feb tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Kes Ebit Lew: Suara lantang pengadu bertukar tangisan
Pengadu diminta untuk membaca satu persatu daripada 436 gambar laporan forensik dalam cakera padat.

'Pengadu tertekan Ebit Lew buat panggilan video tunjuk kemaluan'
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tertekan dengan perbuatan pendakwah terkenal itu yang didakwa membuat panggilan video dan menunjukkan kemaluan.

Kes Ebit Lew: Tarikh ubah suai gambar sama dengan hari laporan polis dibuat - Saksi
Menurut saksi, laporan analisis menunjukkan gambar tangkap layar itu wujud dalam telefon bimbit pengadu pada tarikh ubah suai tersebut.

Kes Ebit Lew: Maklumat kesalahan jenayah disyaki dalam telefon bimbit
Seorang saksi perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret hari ini bahawa disyaki terdapat maklumat berkaitan sesuatu kesalahan jenayah dalam telefo

Kes Ebit Lew: Kumpulan WhatsApp NOBODY tidak lagi aktif - Firdaus
NOBODY tidak lagi aktif selepas semua aduan mangsa dikendalikan oleh polis.

'Saya tertekan, sukar tidur malam' - Firdaus Wong
Mesej dan gambar kemaluan lelaki yang diterima sering berlegar di minda.

Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi
Terdapat juga pesanan bertulis menerusi Whatsapp yang berbunyi 'minta husband you ceraikan you, I bayar you.'

"Mahkamah tempat terbaik mencari kebenaran" - Ebit Lew
Ebit bersyukur kerana perbicaraan sudah bermula dan itu merupakan saat yang dinantikannya sejak setahun lalu.

Kes Ebit Lew: Firdaus Wong terima gambar, mesej lucah melalui WhatsApp
Gambar kemaluan lelaki dan mesej lucah itu dikongsi oleh saksi pendakwaan pertama, Akhi Fairuz yang menerimanya daripada pengadu wanita.

Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan
Namun, pegawai polis itu memaklumkan beliau tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.