GEORGE TOWN: Seorang pemandu peribadi dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam daripada tuduhan mengedar 47 kilogram ganja, lima tahun lepas.
Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.
Nur Azimuddin Md Noor, 42, yang berasal dari Pulau Pinang itu didakwa mengedar 47.76 kg ganja di Parkir Basement, Vanda Business Park, Jalan Sungai Dua dekat sini pada kira-kira 11.30 malam, 3 Feb, 2017.
Nur Azimuddin, yang diwakili peguam Abd Rahim Mohamed dan R. Dev Chander, didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Mohd Radzi berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen jagaan, kawalan dan pengetahuan berhubung pemilikan dadah berkenaan oleh tertuduh.
Mahkamah juga mendapati berlakunya percanggahan dalam keterangan saksi-saksi penting pihak pendakwaan.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memanggil seramai 11 saksi memberi keterangan sejak 1 Nov 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022

Nur Azimuddin dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri daripada pertuduhan mengedar 47kg ganja lima tahun lepas, oleh Mahkamah Tinggi di George Town semalam. -- fotoBERNAMA

Dua individu rugi lebih RM400,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan sehingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM414,902.67.

Mantan Timbalan Naib Canselor USM Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia
Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia hari ini, di kediamannya di Southville City di Dengkil, Selangor.
Tumpuan Jumaat – 7 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).
AWANI Tonight 6 March 2025
AWANI Tonight with Farhana Sheikh
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Aaron perlu fokus pemulihan sebelum ke Seluruh England 2025 - Roslin
Aaron Chia dinasihatkan supaya memberikan lebih tumpuan kepada pemulihan kecederaan pergelangan tangan berulang yang dialaminya menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.
AWANI 7:45 [6/3/2025] – Tindakan undang-undang | Polis siasat 40 tan peluru hidup | Aktiviti anak di sekolah dirakam | Setakat 25 Februari 2025
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan

Letupan periuk api ragut 4 nyawa di Hodeidah, Yemen
Empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam bencana letupan periuk api di wilayah barat Yemen, Hodeidah, kata pegawai perubatan tempatan pada Khamis.

Kes edar dadah: Pemandu peribadi terlepas tali gantung
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.

Majikan pukul, ugut pemandu peribadi direman dua hari - Polis
Polis menerima laporan daripada mangsa berusia 28 tahun yang juga pemandu peribadi suspek pada pagi Sabtu.

Sanggup berdiri di tepi jalan demi mencari kerja
Tular gambar seorang lelaki memegang kadbod di tepi sebatang jalan demi mencari kerja.