TAWAU: Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa kecederaan parah pada leher disebabkan objek tajam adalah punca kematian pemandu e-hailing Nurman Bakaratu.
Dr Muhammad Uzair Ahmad Suriani, 37, dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang menjalankan bedah siasat ke atas si mati pada 18 Jan 2023 berkata, terdapat 21 kecederaan pada jasad si mati.
"Berdasarkan 21 luka yang ditemui pada jasad si mati, luka dengan kedalaman sembilan sentimeter pada bahagian kiri leher yang menyebabkan kematian kepadanya.
Luka ini telah memutuskan struktur-struktur utama pada leher iaitu salur darah vena jugular kiri, arteri carotid kiri dan tulang rawan cricoid," katanya pada hari ketujuh perbicaraan kes bunuh Nurman yang membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.
Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini di antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad ketika pemeriksaan utama adakah luka pada leher lazimnya mencukupi untuk menyebabkan kematian, Dr Muhammad Uzair menjawab "cukup".
Mohammad Fakhrurrazi: Pada pendapat doktor, adakah seseorang yang mengalami kecederaan seperti luka di leher boleh diselamatkan jika diberi rawatan segera?
Dr Muhammad Uzair: Pada pendapat saya oleh kerana luka ini telah memutuskan salur-salur darah pada leher, dia tidak dapat diselamatkan.
Mohammad Fakhrurrazi: Walaupun diberikan rawatan yang segera?
Dr Muhammad Uzair: Betul.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-19 itu mengesahkan bahawa si mati adalah Nurman Bakaratu berdasarkan analisis cap jari dan perbandingan profil asid deoksiribonukleik (DNA) dengan anak perempuan si mati.
Menurut Dr Muhammad Uzair, kecederaan pada lengan kanan, belakang tangan kiri dan tapak tangan kiri si mati adalah berpadanan dengan kecederaan yang berlaku sebelum kematian.
"Kecederaan pada tangan ini bersesuaian dengan keadaan mempertahankan diri yang disebabkan oleh objek tajam," katanya yang membuat bedah siasat si mati di Unit Perubatan Forensik Hospital Tawau dengan dihadiri oleh Pegawai Penyiasat ASP Yusman Syahri Marinsah, jurufoto polis dan staff forensik pada 1.15 tengah hari, 18 Jan.
Kepada soalan peguam Datuk Ansari Abdullah yang mewakili Rosdi, Dr Muhammad Uzair berkata senjata yang digunakan untuk menyebabkan kecederaan adalah senjata yang mempunyai bilah tajam seperti pisau, gunting dan sebagainya.
Ditanya peguam itu mengenai tarikh kematian si mati, saksi berkata anggaran tempoh kematian antara empat hingga enam hari sebelum tarikh bedah siasat pada 18 Jan tahun lepas.
Kepada soalan peguam Datuk Ram Singh, mewakili Mat Zaki dan empat tertuduh lain, Dr Muhammad Uzair berkata kecederaan pada salur darah utama pada leher kiri si mati boleh menyebabkan pendarahan teruk dan kematian yang cepat.
"Luka pada leher kiri si mati boleh menyebabkan si mati lemah dan tidak bermaya. Namun, ia bukan menyebabkan kematian dengan serta merta tetapi cepat," kata saksi itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Sebahagian anggota ESSCom yang menghadapi pertuduhan kes bunuh pemandu e-hailing dibawa ke Mahkamah Tinggi. - Gambar fail/Sinar Harian
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
Kes ESSCom: Cedera parah di leher kiri punca kematian Nurman - Pakar patologi
Berdasarkan 21 luka yang ditemui pada jasad si mati, luka dengan kedalaman 9cm pada bahagian kiri leher menyebabkan kematian kepadanya.
Jawatankuasa Khas lantik pakar patologi kanan, bantu siasatan kes kematian Muhammad Adib - Wan Junaidi
Pakar patologi akan lakukan siasatan menyeluruh untuk ke atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner, hasil siasatan polis dan aspek lain.
Bedah siasat kedua Nora Anne tak gugat keyakinan patologi negara - Boon Chye
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata terpulang kepada keluarga mangsa untuk membuat siasatan selanjutnya, termasuk bedah siasat kali kedua di luar negara.