TAWAU: Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di ladang kelapa sawit pada malam 13 Jan tahun lepas.
Nurimah Juli, 35, berkata pada hari berkenaan lebih kurang pukul 7 malam, beliau dan Nurman pergi ke ladang kelapa sawit menaiki kereta Myvi berwarna putih yang dipandu arwah, yang terletak 25 minit daripada sebuah hotel di sini untuk berbincang mengenai pernikahan semula mereka.
"Saya ajak arwah Nurman pergi ke ladang itu dan dia tanya 'apa dan siapa ada di sana. Saya kata kau nak nikah sangat dengan saya dan dia cakap ya, saya betul-betul mau nikah sama kau. Saya terus bawa dia ke ladang dan sepanjang perjalanan kami bertengkar kerana dia cakap dia tidak nampak siapa wali saya (untuk bernikah).
Saya guna Google maps untuk pergi ke sana dan kami tiba di ladang kelapa sawit itu kira-kira 8 malam. Semasa masuk ke simpang ladang kelapa sawit, saya memilih sendiri jalan sebelah kiri dan berhenti di situ. Ketika itu arwah marah pada saya dan kata 'kau mau main-main sahaja'. saya cuba tekan maps tetapi tidak dapat, saya pindah dari tempat duduk sebelah pemandu ke belakang pemandu," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
Nurimah berkata apabila sampai ke satu tempat berpokok besar, dia ditampar oleh bekas suaminya di muka dan dia naik berang dan cuba melawan balik Nurman.
"Dia kata kau ini menipu saja sama saya. Kau tidak mau nikah sama saya dan arwah meminta mereka patah balik kerana di situ jalan mati.
Selepas itu, dia cuba pusing balik dan waktu itu dia pukul saya dengan tangan kirinya. Kemudian saya tidak dapat kawal emosi dan terus ambil gunting dalam beg saya dan menikamnya. Tiada sesiapa berada di situ," katanya.
Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata demikian semasa hari kelapan perbicaraan kes bunuh Nurman, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.
Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula didakwa dengan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Disoal TPR Rohaiza, apakah tujuan saksi membawa arwah ke ladang kelapa sawit, Nurimah menjawab, "Pada masa itu saya tidak pasti apa tujuan sebenar saya tetapi dia mendesak mahu menikah dan minta wali keluarga, jadi saya tidak tahu buat apa dan kami bergaduh dalam kereta".
Kepada soalan Rohaiza, saksi berkata pada 12 Jan 2023, arwah ada menghubungi dan meminta untuk berjumpa bagi memulangkan telefon yang dirampas arwah pada 9 Jan di sebuah kelab di Lahad Datu.
"Dia juga merayu ingin merujuk balik dengan saya dan minta untuk bernikah dengan saya. Saya setuju dan cadangkan kami pergi ke Tawau. Kami tiba di Tawau pada 12 Jan dan keesokannya, arwah mengajak saya membeli baju dan cincin nikah," katanya yang sebelum ini bernikah dengan Nurman pada 2017 sebelum bercerai pada 2021.
Disoal TPR Rohaiza mengenai hubungan saksi itu dengan Nurman selepas bercerai, wanita itu menjawab "hubungan kami memang tidak baik dan selepas bercerai, Nurman masih mengekorinya di mana sahaja saya bekerja".
Mat Zaki bersama tujuh lelaki itu hari ini dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan masing-masing selepas pendakwaan memaklumkan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh selepas mendengar keterangan Nurimah yang mengaku membunuh Nurman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
![Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka. - Gambar hiasan
![Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740014932_tbStadiumSultanIbr.jpg)
Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
Fuel Efficiency: Maximizing savings amid subsidy rationalization
Join Seow Lee Ming, General Manager Mobility at Shell Malaysia, discussing the launch of the new and improved Shell fuelsave Diesel. As Malaysia navigates the rationalization of fuel subsidies, discover how Shell's extensive research and innovative solutions are driving fuel efficiency and contributing to the journey towards Net Zero Carbon Emissions by 2050. Learn about Shell's strategies for balancing investment in EV infrastructure, leveraging digital technologies, and adapting to evolving consumer needs in one of ASEAN's highest car ownership markets.
![Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740014244_tbberpisahwargaas.jpg)
Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740015346_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
![ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740013283_tbJDTJordiAmatLi.jpg)
ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'
![Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729390471_tbSriGanes.jpg)
Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.
![Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting
Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka.