KUALA LUMPUR: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah akan kekal dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy menolak permohonannya untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu ke Mahkamah Tinggi di sini.
Semasa menolak permohonan itu, Muniandy berkata kuasa pemindahan di bawah Seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) hanya perlu dilaksanakan jika mahkamah mendapati sekiranya tidak berbuat demikian boleh menyebabkan perbicaraan yang tidak adil atau berat sebelah.
"Permohonan oleh pemohon (Rewcastle-Brown) kurang merit. Oleh itu ditolak," kata hakim itu dan menambah bahawa kebimbangan Rewcastle-Brown bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil di Kuala Terengganu adalah tidak munasabah.
Hakim juga memberikan beberapa alasan, antaranya tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, majistret yang mendengar kes di Kuala Terengganu adalah bebas dan tidak berat sebelah dan beliau (Rewcastle-Brown) tidak dihalang untuk menyampaikan hujahan terhadap fakta dan undang-undang sebelum majistret mencapai sesuatu penemuan.
"Jika keputusan kes itu tidak memihak kepada pemohon, beliau berhak merayu terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi menurut Seksyen 307 (1) CPC.
"Pemohon tertakluk kepada undang-undang negara di mana beliau didakwa melakukan jenayah, oleh itu sistem perundangan Malaysia, termasuk proses keadilan jenayah negara diguna pakai," kata hakim itu.
Hakim kemudiannya memerintahkan kes itu didengar di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan perlu diteruskan ke perbicaraan tanpa sebarang halangan lagi memandangkan tarikh pertuduhan sudah lama iaitu pada 23 Sept 2021.
Rewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada September 2021 atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah melalui buku "The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose".
Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman mewakili pendakwaan manakala Rewcastle-Brown diwakili peguam Guok Ngek Seong. Hadir sama prosiding hari ini, Siti Anis Che Ab Wahab yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Sultanah Nur Zahirah.
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menetapkan 25 Jun untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Rewcastle-Brown dituduh mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah melalui buku "The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose". - Gambar fail
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan
Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak yang lain bertanggungjawab kerana memfitnah Sultanah Terengganu.
Clare, dua pihak lain fitnah Sultanah Terengganu tetap kena bayar RM300,000
Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak lain yang memfitnah Sultanah Nur Zahirah dalam buku, The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose kekal diperintah membayar ganti rugi RM300,000.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown
Ia susulan tindakan perayu yang tidak pernah hadir pada mana-mana prosiding mahkamah sepanjang kes itu berlangsung iaitu sejak pendakwaan, sabitan mahupun rayuan.
Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.
Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown fail rayuan keputusan penjara dua tahun
Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.