KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk cadangan (RFP) jika projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang ditawarkan secara tender terbuka.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow iaitu Muhamad Azrai Mohamad Zaini, 39, berkata beliau berpandangan bahawa penglibatan syarikat BUCG pada peringkat awal penyediaan dokumen RFP iaitu sebelum tender terbuka diiklankan akan memberi kelebihan kepada syarikat itu sendiri berbanding dengan syarikat lain yang turut berminat menyertai tender terbuka.
"Saya tahu bahawa projek ini akan dianugerahkan secara tender terbuka oleh Kerajaan Negeri. Saya juga tahu bahawa, wakil syarikat BUCG iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli hadir untuk membantu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dalam menyediakan dokumen RFP yang akan ditawarkan secara tender terbuka selepas dokumen RFP tersebut siap.
"Jika secara tender terbuka, saya rasa syarikat BUCG tidak sepatutnya hadir dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen RFP itu. Ini adalah kerana, pihak syarikat BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mana-mana proses penyediaan dokumen RFP.
"Saya tahu terdapat pindaan dibuat ke atas draf dokumen RFP dan ia memberi kelebihan kepada pihak BUCG mengetahui setiap butiran dalam dokumen RFP termasuk skop kerja setiap projek, anggaran kos, kelayakan yang ditetapkan terhadap pembida tender, syarat-syarat teknikal dan kewangan, lebih awal daripada syarikat-syarikat pembida yang lain sebelum RFP diiklankan," katanya.
Saksi pendakwaan keempat itu berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu.
Consortium Zenith Bejing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG), yang merupakan syarikat usaha sama dengan BUCG telah dilantik bagi menjalankan projek tersebut.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengenai konflik kepentingan apabila pihak BUCG dipanggil untuk penyediaan dokumen RFP, Muhamad Azrai berkata pada pendapatnya, perkara itu berlaku apabila sesebuah syarikat terlibat dalam penyediaan RFP dan kemudian menyertai RFP itu sebagai pembida.
"Saya mengesahkan bahawa ini adalah perbincangan kali ketiga antara wakil kerajaan negeri Pulau Pinang dengan wakil BUCG berkaitan penyediaan dokumen RFP bagi projek tiga jalan utama dan terowong. Saya juga mengesahkan bahawa ini adalah pertemuan ketiga saya dengan Datuk Zarul yang ketika itu Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd," katanya.
Disoal Wan Shaharuddin mengapa saksi itu tidak melaporkan kepada Datuk Mokhtar Jait yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi projek-projek infrastuktur mega di Pulau Pinang mengenai penglibatan wakil dari BUCG dalam penyediaan dokumen RFP.
Muhamad Azrai menjawab: "Ketika itu saya masih lagi junior officer yang kurang pengalaman dan pengetahuan. Saya anggap apa sahaja yang saya lakukan berada di bawah pengetahuan bos dan ketika itu saya merasakan tiada keperluan untuk saya maklumkan penglibatan BUCG ini kepada pengerusi (Mokhtar)."
Mengenai kajian projek pembinaan terowong, Muhamad Azrai berkata BUCG telah melantik perunding dari China dan Malaysia untuk mengkaji projek tersebut dan semasa mesyuarat pada 10 Mei, BUCG menyatakan terdapat kesukaran untuk menjalankan projek tersebut, namun kerajaan negeri tetap meneruskan projek itu.
Sementara itu, semasa disoal balas peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, saksi itu bersetuju bahawa Lim tidak terlibat dalam tiga mesyuarat berkenaan kerana ia dikendalikan oleh Exco dan pakar-pakar dari kerajaan negeri.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut, yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 10 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021

Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.