KUANTAN: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri Pahang mengalami peningkatan enam kali ganda iaitu sebanyak 1,145 kes berbanding 190 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, HFMD adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV71).
Menurut beliau, penyakit itu juga boleh menjangkiti semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.
"Kes (HFMD) banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur kosong hingga enam tahun iaitu 95.4 peratus atau 1,093 kes, diiikuti oleh kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun iaitusebanyak 43 kes (3.8 peratus ) dan sebanyak 9 kes (0.8 peratus) berlaku dalam individu berumur lebih 12 tahun.
"Daripada 1,145 kes, sebanyak 138 kes (12.1 perayus) adalah kes yang dikenal pasti berlaku hasil penularan di taska, tadika atau pra sekolah manakala 1,007 (87.9 peratus) kes adalah berlaku secara sporadik," kata Dr Nor Azimi dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Beliau turut menjelaskan, virus ini boleh merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.
Tambahnya, kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah.
"Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh ke 10 hari.
"Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis," terang beliau lagi.
Sehubungan itu, Dr Nor Azimi menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan seperti berikut untuk mengurangkan risiko dijangkiti seperti basuh tangan dengan sabun dan mengekalkan kebersihan di rumah.
Beliau turut menyarankan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke klinik atau hospital terdekat jika terdapat tanda-tanda atau gejala jangkitan.
"Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah dan sebagainya," katanya.
Dalam masa sama, Dr Nor Azimi mengingatkan pengusaha dan penjaga di taska atau tadika supaya memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak.
Menurutnya, saringan di pintu masuk juga perlu dilakukan bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD.
"Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya dan amalan cuci tangan yang betul serta nyahkuman permukaan -permukaan yang tercemar," kata beliau lagi.
Mohd Zalani Md Atan
Tue May 10 2022
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri Pahang mengalami peningkatan enam kali ganda iaitu sebanyak 1,145 kes berbanding 190 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu. - Gambar hiasan
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).