Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan penurunan sejak Jumaat lepas di seluruh negara dan ini merupakan satu perkembangan yang baik, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata pihaknya akan terus memantau secara rapi dalam tempoh 10 hari akan datang ini dan mengadakan aktiviti pencegahan di seluruh negara agar kes HFMD terus menurun.
"Kes baharu HFMD yang dilaporkan pada Jumaat (3 Ogos) adalah sebanyak 770 kes berbanding 952 kes hari sebelumnya (2 Ogos) di seluruh negara, ia menurun 182 kes dan saya lihat ini satu trend yang baik serta berharap jumlah kes akan terus menurun.
"Kumulatif kes HFMD dari Januari hingga Jumaat lepas adalah sebanyak 43,250 kes berbanding hanya 22,815 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.Sehingga semalam juga tiada kes kematian baharu disebabkan HFMD dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta mendengar taklimat berhubung perkembangan projek dewan bedah di Hospital Pulau Pinang di sini pada Ahad.
Beliau berkata sejak Januari hingga Jumaat, sebanyak 631 premis ditutup dan ketika ini 52 premis membabitkan 17 taska, tadika dan prasekolah (25) dan beberapa kelas daripada 10 buah sekolah masih ditutup berikutan terdapat jangkitan HFMD.
Dr Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan mengambil pelbagai langkah pencegahan dan promosi kesihatan untuk menangani situasi semasa berkaitan jangkitan HFMD di seluruh negara termasuk aktiviti utama mengadakan Town Hall Meeting (THM) dengan pengusaha taska dan guru tadika serta prasekolah.
Katanya sejak 29 Julai hingga 4 Ogos, sebanyak 406 pertemuan telah diadakan dengan kehadiran 13,699 pengusaha dan guru-guru dari 3,769 taska serta tadika dan prasekolah.
"THM merupakan perjumpaan dengan pengusaha dan guru-guru taska, tabika, tadika serta prasekolah yang melibatkan sesi ceramah, taklimat dan demonstrasi serta edaran bahan pendidikan kesihatan bagi memberi penerangan dan menerapkan kefahaman mengenai HFMD," katanya.
HFMD ialah satu penyakit disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini adalah demam, ruam (maculopapular dan vesicles) di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah, serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).
HFMD disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) dan virus itu merebak melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 05 2018
Kementerian Kesihatan mengambil pelbagai langkah pencegahan dan promosi kesihatan untuk menangani situasi semasa berkaitan jangkitan HFMD di seluruh negara. - Gambar hiasan
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pegawai perubatan tambahan atasi masalah ketiadaan staf
Penambahan itu bagi memastikan jadual atas panggilan di klinik-klinik masih dapat digerakkan dan tidak terjejas.