JOHOR BAHRU: Kes dan wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu Influenza-like-illness (ILI), Upper Respiratory Tract Illness (URTI) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Negeri Johor mencatatkan trend peningkatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus berbanding 557 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Katanya bilangan kluster wabak salur pernafasan yang dilaporkan juga menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 11 kluster dilaporkan dalam tempoh sama tahun ini, berbanding dengan 7 kluster pada tahun lalu.
"Kebanyakan kluster yang dilaporkan adalah melibatkan institusi pendidikan (91 peratus).
"Secara amnya, kes ILI dan URTI adalah jangkitan biasa yang berlaku tanpa musim di Malaysia sepanjang tahun dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri.
"Pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor terhadap jangkitan ILI dan URTI, mendapati situasi masih terkawal walaupun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Tian Soon berkata penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu sehingga 2 Julai lalu meningkat 75 kali ganda dari tahun lepas.
Katanya negeri Johor merupakan antara lima negeri dengan kumulatif kes HFMD tertinggi iaitu Selangor 32,629 kes (27.7 peratus ), WPKL dan Putrajaya 12,591 kes (10.7 peratus), Perak 12,272 kes (10.4 peratus), Johor 7,903 kes (6.7 peratus), dan Kelantan 6,902 kes (5.9 peratus).
"Kumulatif kes HFMD di negeri Johor bagi tahun 2022 sehingga 2 Julai lalu ialah sebanyak 7,967 kes iaitu peningkatan sebanyak 75 kali ganda berbanding 106 kes yang dilaporkan pada tempoh yang sama pada tahun 2021.
"Secara keseluruhan, kumulatif kes HFMD di negeri Johor menunjukkan daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi 2,741 kes, Kluang (1,039 kes), Tangkak (855 kes), Batu Pahat (817 kes), Segamat 679 kes, Kota Tinggi (616 kes), Pontian (532 kes ) dan Muar 313 kes, Kulai (58 kes) dan Mersing (117 kes).
"Peningkatan ini telah dijangka berlaku pada tahun ini ekoran kelonggaran Standard Operating Procedure (SOP) dan selari dengan peningkatan di Malaysia.
"Walau bagaimanapun, situasi ini masih terkawal. Ini dibuktikan dengan penurunan ketara trend kes HFMD yang dilaporkan di negeri Johor bermula pada minggu epid ke 22 hingga sehingga minggu epid ke 26 lalu.
"Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0-6 tahun iaitu sebanyak 6,870 kes, diikuti oleh kumpulan umur 7-12 tahun iaitu 946 kes, dan selebihnya adalah berumur lebih daripada 13 tahun," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Jul 03 2022

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022. - BERNAMA

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.

Johor catat 1,319 kes ILI dan URTI, peningkatan 2.3 kali ganda
Sebanyak 1,319 kes jangkitan bagi wabak berkenaan direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-27, berbanding 574 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.

ILI: Pastikan kesihatan anak sebelum hantar ke sekolah
Ibu bapa perlu melakukan pengasingan dan pemantauan ke atas anak-anak mereka sekiranya mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak.

Kes jangkitan saluran pernafasan di Johor meningkat 70.9 peratus
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di Johor hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022.

ILI terkawal, ibu bapa tidak perlu bimbang - Khairy
Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kluster ILI dikesan di SBP Ipoh
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta menerima makluman daripada pihak warden asrama bahawa beberapa orang pelajar mengalami gejala batuk.

Tiada kes COVID-19 di Kampung Padang Jambu, Dungun - Pengarah Kesihatan Terengganu
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata tiada kes COVID-19 dikesan di kampung berkenaan sebagaimana ditularkan.

COVID-19: Kes jangkitan SARI menurun - Dr Noor Hisham
Setakat minggu epid ke-18, sebanyak 9,010 sampel telah diambil melibatkan pesakit kes Influenza (ILI) dan jangkitan SARI.

COVID-19: KKM kesan 207 kes sporadik - Dr Noor Hisham
Ia masing-masing membabit dua kes Influenza-Like Illness (ILI) dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).