PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 22 Dis untuk mendengar permohonan kerajaan untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi berhubung isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, sementara selesai rayuan.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk S.Nantha Balan dan Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas mengawalkan tarikh pendengaran permohonan tersebut daripada 18 Mac tahun depan kepada 22 Dis ini.
Hakim Yaacob yang mengetuai panel hakim itu berkata mahkamah tidak akan membuat sebarang perintah berkaitan permohonan kerajaan untuk perintah penangguhan interim, sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhannya oleh kerajaan.
Mahkamah sepatutnya mendengar permohonan penangguhan interim (sementara) oleh kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengekalkan status quo sementara menunggu pendengaran permohonan penangguhan mereka yang pada mulanya ditetapkan pada Mac tahun depan.
Perayu-perayu (kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan ketua pengarah JPN) memfailkan permohonan penangguhan sementara menunggu pendengaran rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.
Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan perayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan itu bersama satu lagi kes kewarganegaraan yang melibatkan seorang wanita yang dilahirkan di luar negara beribukan warganegara Malaysia.
Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Dis tahun lepas, mereka memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk anak yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.
Antara lain, mereka memohon mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk JPN, Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Terdahulu, dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bing, yang mewakili perayu, memberitahu mahkamah bahawa melalui sepucuk surat, ibu-ibu tersebut meminta mereka (perayu) mematuhi perintah Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata beliau menerima arahan supaya meneruskan rayuan itu kerana persoalan undang-undang melibatkan lebih daripada isu kewarganegaraan.
Liew juga memberitahu mahkamah bahawa perayu tidak boleh bersetuju dengan terma yang dicadangkan oleh ibu-ibu tersebut, sambil menambah bahawa rayuan mereka akan dianggap akademik jika mereka mematuhi permintaan ibu.
Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili persatuan dan wanita itu berkata mereka mahu menunggu kerajaan melaksanakan proses pemberian kerakyatan kepada kanak-kanak itu tetapi menegaskan bahawa kerajaan tidak bersetuju dengan syarat tertentu yang ditetapkan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Mahkamah Tinggi sebelum ini mengisytiharkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini. - Gambar fail/ Bernama
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

Profesor universiti gesa semak kewarganegaraan Agnes Monica
Menurut Hikmahanto, Ketua Pengarah Imigresen harus memeriksa status kewarganegaraan Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo.