BACHOK: Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman merekodkan 19,224 kes jenayah dalam talian dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, peningkatan 23 peratus berbanding 15,659 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, nilai kerugian kes jenayah bagi Januari hingga September tahun ini juga meningkat kepada RM687 juta atau 29 peratus berbanding tempoh sama 2022.
"Pusat Tindakbalas Insiden Siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia pula merekodkan sebanyak 4,898 insiden keselamatan siber dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, penipuan dalam talian (fraud) terus berada di tangga teratas dengan jumlah insiden sebanyak 3,087," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan Majlis Perasmian Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, pada Selasa.
Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra berkenan merasmikan majlis.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Mengulas lanjut, Teo berkata, insiden penipuan dalam talian dan ancaman scam perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana negara telah mengalami kerugian jutaan ringgit dan tekanan emosi.
Beliau berkata, statistik turut menunjukkan bahawa mangsa scam merangkumi pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, termasuk golongan profesional seperti pensyarah, guru, jurutera, doktor, ahli perniagaan serta pesara dan warga emas.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menurunkan 4,013 akaun dan kandungan setakat 31 Okt tahun ini.
"Dalam tempoh sama MCMC turut bertindak menyekat 1,764 laman sesawang palsu untuk penipuan pemancingan maklumat (Phishing)," katanya.
Menurut Teo, MCMC juga telah bertindak menyekat 410,590,277 SMS tidak diminta (unsolicited SMS) sejak Januari sehingga September tahun ini, manakala 19 juta SMS yang mengandungi pautan (Hyperlink) telah disekat dari 2 Mei sehingga Sept 2023.
Beliau berkata, sejumlah 79,322 talian termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS meragukan telah ditamatkan perkhidmatannya dari Januari sehingga September 2023.
"MCMC turut menyekat 553,173,467 panggilan meragukan dari Januari sehingga September tahun ini," katanya.
Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 telah bermula pada 18 Feb lalu di Selangor dan Kuala Lumpur, 20 Mei di Perlis dan 2 serta 3 Sept di Sarawak.
Program jelajah diteruskan pada 28 dan 29 Okt di Sabah dan akan diteruskan di Johor dan dijangka berakhir di Putrajaya. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, nilai kerugian kes jenayah bagi Januari hingga September tahun ini juga meningkat kepada RM687 juta atau 29 peratus berbanding tempoh sama 2022. - Gambar fail/BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Kerajaan tegas tangani jenayah dalam talian menerusi penguatkuasaan pindaan Akta 588 - Fahmi
Aktiviti jenayah dalam talian dan penipuan mampu dibendung menerusi penguatkuasaan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588).

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.

Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.

Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.

Undang-undang kawal selia pengendali media sosial mampu cegah jenayah dalam talian - Pakar
Kerajaan perlu bertegas dengan pengendali platform media sosial dan meletakkan mereka bersama-sama bertanggungjawab untuk menapis kandungan yang dimuat naik.

NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo
Pusat Respons Scam Kebangsaan merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan 33,235 kes jenayah dalam talian dari 1 Jan hingga 8 Dis tahun lepas.

Lubuk scam: Jenayah penipuan tahap ‘scamdemic’, hampir 40% pernah berdepan cubaan
Kaji selidik mendapati majoriti rakyat Malaysia iaitu 61.78 peratus, amat menyedari tentang lubuk scam dan taktik yang digunakan oleh sindiket tersebut.

Kes jenayah dalam talian bagi tempoh Jan-Sept meningkat 23 peratus - Nie Ching
Nilai kerugian kes jenayah dalam talian bagi Januari hingga September tahun ini juga meningkat kepada RM687 juta atau 29 peratus berbanding tempoh sama 2022.

1,311 'lubuk' sindiket penipuan dalam talian diserbu tahun ini
Polis juga menahan 343 individu dalam 20 serbuan 'calling centre' yang beroperasi di kondominium mewah di ibu kota.