KUANTAN: Kes jenayah komersial di Pahang menunjukkan penurunan dengan 630 kertas siasatan dibuka membabitkan nilai kerugian RM28 juta dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Beliau berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
"Bagaimanapun, dari segi tangkapan, menunjukkan peningkatan dengan 534 tangkapan berbanding 442 tangkapan dalam tempoh sama pada tahun 2023.
"Kita akan terus memberi fokus kepada kes komersial kerana ia merupakan salah satu elemen jenayah yang amat dibimbangi kerana impaknya melibatkan jumlah kerugian berskala besar," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Lafaz Ikrar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.
Menyentuh mengenai indeks jenayah, Yahaya berkata indeks keseluruhan jenayah di negeri ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan, iaitu 802 kes berbanding 643 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata, jenayah kekerasan mencatatkan peningkatan sebanyak 12 kes kepada 133 kes berbanding 121 kes tahun lepas.
"Begitu juga jenayah harta benda yang menunjukkan peningkatan 147 kes iaitu daripada 522 kes pada tahun lalu kepada 669 kes tahun ini di mana peratus penyelesaian kes di Pahang adalah 54.74 peratus," katanya.
Dalam pada itu, Yahaya berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang setakat ini telah berjaya melaksanakan 4,843 tangkapan melibatkan 4,392 kes atas pelbagai kesalahan narkotik dengan nilai rampasan dadah RM2.7 juta dan 247 pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata statistik kemalangan jalan raya di negeri ini turut meningkat sebanyak 274 kes kepada 8,181 kes dalam tempoh sama tahun ini berbanding 7,907 kes tahun lepas, namun kemalangan maut mencatatkan penurunan tiga kes iaitu 144 kes dalam tempoh empat bulan tahun ini berbanding 147 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
![Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Yahaya berkata indeks keseluruhan jenayah di negeri ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan, iaitu 802 kes berbanding 643 kes dalam tempoh sama tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738077151_TBMdNazriZawawi.jpg)
Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.
![Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735700900_ZulkipliSuhaili.jpg)
Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.
![Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736504591_TBJSJK.jpg)
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
![PDRM rekod RM7.9 juta kerugian jenayah komersial setiap hari PDRM rekod RM7.9 juta kerugian jenayah komersial setiap hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
PDRM rekod RM7.9 juta kerugian jenayah komersial setiap hari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan nilai purata kerugian jenayah komersial mencecah kira-kira RM7.9 juta dalam tempoh sehari.
![18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis 18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723548119_TBRamliMohamed.jpg)
18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis
Jumlah kerugian berkaitan kes-kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Ogos tahun ini.
![6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak 6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706173110_TBAziziMatAris.jpg)
6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak
Sejumlah 6,619 kes jenayah komersial direkodkan di Perak melibatkan kerugian melebihi RM68.5 juta dari Januari hingga 31 Julai lepas.
![Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720652048_TBPERHIMPUNANBULANA.jpg)
Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.
![489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari 489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719397319_TBCYBERSECURITYA.jpg)
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
![423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta 423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707752106_TBCPMKumar.jpg)
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
![Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.