Salah seorang suspek pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam dilihat 'menyapu muka orang awam secara rawak' dua hari sebelum insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Perkara tersebut dinyatakan saksi kesembilan, ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin.
"Saya melihat dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ,Doan (Thi Huong) menghampiri orang awam dan kemudian menyapu sesuatu ke muka orang tersebut dari belakang secara lembut.
"Apabila orang tersebut berpaling ke arahnya, Doan seakan-akan meminta maaf sambil menundukkan kepalanya serta merapatkan kedua-dua tangannya dan kemudian beredar dari tempat tersebut secara perlahan," kata Wan Azirul.
Beliau kemudian ditanya untuk membandingkan tingkah laku Doan yang dirakam melalui CCTV pada hari Kim Jong Nam diserang di KLIA2.
"Tindakan yang dilakukan ke atas si mati (Jong Nam) agak kasar dan seolah-olah seperti serangan.
"Perbezaan lain yang saya nampak ialah Doan berjalan secara laju dan tergesa-gesa," kata Wan Azirul.
Perbicaraan kes ditangguh dan akan disambung semula pada Rabu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Hafiz Marzukhi
Tue Oct 10 2017

Suspek dilihat melakukan perbuatan itu dua hari di KLIA2 sebelum akhirnya melibatkan Kim Jong Nam. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Kes bunuh Kim Jong-nam: Bicara bela diri dua warga asing 11 Mac
Doan Thi Huong dijangka beri keterangan bermula 11 Mac depan manakala Siti Aisyah pada 27 Mei.

Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.

Kes Jong Nam: 'Suspek dilihat menyapu muka orang awam secara rawak' - Saksi
Perbuatan itu dikesan dua hari sebelum insiden melibatkan Kim Jong Nam berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Organ bengkak, tersumbat: Pakar sahkan Jong Nam mati akibat agen saraf VX
Si mati mengalami paru-paru membengkak (edema) dan tersumbat termasuk organ lain termasuk sebahagian daripada otak, hati dan limpa.

Kes bunuh Jong Nam: 'Saya tidak tahu DPR Korea itu bukan Korea Selatan' - Saksi
Saksi pertama ialah Lans Koperal Mohd Zulkarnain Sanudin, yang bertugas sebagai anggota polis rondaan di KLIA2 ketika insiden itu berlaku pada 13 Februari lalu.

Prosiding kes bunuh Kim Jong Nam bermula hari ini
Kedua-dua tertuduh, warganegara Indonesia, Siti Aisyah dan warganegara Vietnam, memasuki kamar mahkamah pukul 9.03 pagi dengan bergari sambil diiringi polis.

Kes Jong Nam: Lebih 100 pengamal media berkumpul seawal jam 2 pagi di KLIA
Media tempatan sudah mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seawal jam 2.30 pagi untuk ketibaan sembilan warga Malaysia dari Korea Utara.

Waris beri kebenaran kepada Malaysia urus mayat Kim Jong Nam - Timbalan KPN
Keluarga mendiang Kim Jong Nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayatnya, setelah dibunuh di KLIA2, 13 Feb lalu.

Identiti Kim Jong Nam disahkan melalui DNA anaknya - TPM Zahid
Menurut timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pengesahan identiti itu ditentukan melalui sampel DNA anaknya.