TAIPING: Polis menahan ibu kepada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang ditemukan maut di Asam Kumbang, di sini, pada Ahad.
Wanita berusia 36 tahun itu ditahan bersama-sama teman lelakinya, bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, siasatan awal pasukan forensik polis di tempat kejadian, mendapati terdapat unsur penderaan ke atas mangsa.
Menurutnya, kejadian penderaan dipercayai berlaku sejak Mac lalu.
“Mayat si mati telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan maut di sebuah rumah di Asam Kumbang, di sini, pada pagi Ahad.
Menurut Razlam, kanak-kanak tersebut merupakan anak kedua daripada lima beradik dan ibunya tinggal bersama teman lelaki di rumah yang sama.
Katanya, wanita berkenaan dan suaminya mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 31 2023

Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan ibunya tinggal bersama teman lelaki di rumah yang sama. - Gambar/ Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kanak-kanak tujuh tahun maut disyaki didera ibu bapa sendiri
Ibu bapa mangsa yang berusia 30 hingga 40an telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak perempuan enam tahun maut tersepit celah meja lipat
Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu sedang bermain seorang diri di bahagian belakang rumahnya.

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terlibat kemalangan
Afiqah Syaurah Qamarul Arifin meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal dinaiki bersama ibu bapa dilanggar
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama ibu dan bapanya terabit nahas dengan sebuah kereta di Lebuhraya Bukit Jalil, Jumaat lalu.

Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini.

Kanak-kanak maut selepas letupan di kawasan perumahan di UK
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas satu letupan berlaku di kawasan perumahan di Newcastle, timur laut England.

Kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya di Lahad Datu
Mangsa dipercayai Denis Rodi, 10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

Wanita dan kanak-kanak maut dalam nahas kereta, MPV di Kuala Kangsar
Dua maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV jenis Toyota Velfire di Jalan Kuala Kangsar-Manong.

Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa
Kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan, serta mengalami sawan pada Rabu sebelum dibawa ke hospital.

Keropok beracun: Penyiasat KKM jumpa peket dipercayai racun tikus dekat longgokan sampah
Peket kosong yang sudah dibuka tertera tulisan Cina itu ditemui pasukan terbabit yang melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian.