SHAH ALAM: Jumlah kes keganasan rumah tangga di Selangor menunjukkan peningkatan pada tahun ini dengan 1,519 kes dilaporkan bermula Januari hingga Oktober, berbanding hanya 1,349 kes direkodkan tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pada 2018, sebanyak 951 kes direkodkan dan ia meningkat kepada 1,159 kes pada 2019.
Berikutan peningkatan kes tersebut, katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan menyediakan Talian SELamat, sebagai talian khas untuk masyarakat membuat aduan tentang keganasan rumah tangga yang berlaku khususnya di Selangor.
"Inisiatif ini sudah beroperasi sejak 1 Nov dan sehingga 24 Nov lalu, Talian SELamat menerima 14 panggilan yang mana tujuh daripadanya berkaitan keganasan rumah tangga membabitkan psikologi, fizikal, dan ekonomi," katanya ketika menjawab soalan Juwairiya Zulkifli (PH-Bukit Melawati) di Persidangan Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14, hari ini.
Dr Siti Mariah berkata, kesemua kes yang diterima adalah bukan kecemasan dan tujuan panggilan adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi membantu mereka dari segi pengurusan emosi.
Beliau berkata, Talian SELamat memberikan pilihan kepada pemanggil untuk mendapatkan sesi kaunseling atau intervensi selanjutnya di badan bukan kerajaan, serta kaunselor Talian Sahabat di bawah Pusat Kaunseling Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor yang mempunyai kaunselor bertauliah secara bersemuka atau secara atas talian.
Katanya, talian SELamat beroperasi selama 24 jam menerusi talian 03-64195027 di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS). - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan menyediakan Talian SELamat khas untuk masyarakat membuat aduan tentang keganasan rumah tangga yang berlaku khususnya di Selangor, kata Dr Siti Mariah Mahmud. - Gambar fail BERNAMA
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
Bunuh isteri kerana enggan dipeluk
Seorang lelaki dari Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, hilang pertimbangan apabila tergamak menikam isterinya sehingga maut hanya kerana mangsa enggan dipeluk.
Tergamak bakar isteri hanya disebabkan pengecas telefon
Mangsa meninggal dunia setelah dua minggu berjuang melawan keganasan yang dilakukan oleh suaminya sendiri.
Zahnita sempat mohon maaf kepada ibu mentua, namun...
Zahnita memohon maaf kepada ibu mentuanya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama suaminya Abd Zackery Ghouse.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.
Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.
Zahnita Wilson dapat perintah perlindungan interim
Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang berlangsung hari ini.
Suami Zahnita tiba di Mahkamah Kuantan, berdepan dua tuduhan
Lelaki berusia 46 tahun itu dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat oleh pihak polis kira-kira jam 9.05 pagi.