Pihak pendakwaan dalam kes Khalid Abdul Samad yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Klang tujuh tahun lepas, gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang meminda denda terhadap Anggota Parlimen Shah Alam itu dari RM2,900 kepada RM1,900.
Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang terdiri daripada Hakim Syarie Datuk Aidi Moktar, Datuk Yusof Musa dan Saarani Ismail sebulat suara menolak permohonan itu.
Dalam penghakimannya, Hakim Syarie Aidi yang mempengerusikan barisan panel hakim berkata dalam kes ini pemohon (pihak pendakwaan) mempunyai tanggungjawab untuk mengemukakan mengenai persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah telah membuat keputusan terhadap persoalan undang-undang berkepentingan awam itu.
Malangnya, beliau berkata pihaknya hanya ditunjukkan dengan alasan penghakiman Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah sahaja, dan lebih malang lagi pemohon tidak menunjukkan secara spesifik bahagian manakah dalam penghakiman itu yang dikatakan telah menyentuh isu persoalan undang-undang berkepentingan awam tersebut.
"Oleh demikian, kami mendapati permohonan ini tidak menepati peruntukan Subseksyen 167 (1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 kerana pemohon telah gagal menunjukkan kepada kami persoalan undang-undang berkepentingan awam telah ditimbulkan semasa pendengaran prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh mengenai isu perundangan berkepentingan awam tersebut di dalam keputusannya.
"Setelah meneliti permohonan pemohon, afidavit dan hujahan kedua-dua pihak, maka kami sebulat suara memutuskan bahawa permohonan pemohon ditolak," katanya.
Dalam prosiding tersebut, pemohon diwakili Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Sofian Ahmad sementara peguam syarie Dr Zulqarnain Lukman mewakili Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara.
Pada 19 Jan tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Klang mengenakan denda RM2,900 terhadap Khalid selepas beliau didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, antara 10 malam dan 11.50 malam pada 16 Ogos 2011.
Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Khalid yang tidak berpuas hati dengan jumlah denda itu kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, dan pada 24 Nov lepas, mahkamah itu mengekalkan sabitan terhadap beliau namun membenarkan rayuannya dengan meminda jumlah denda tersebut daripada RM2,900 kepada RM1,900.
Pihak pendakwaan seterusnya memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018

Pada 19 Jan tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Klang mengenakan denda RM2,900 terhadap Khalid selepas beliau didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah. - Gambar fail
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Pendaki Gunung Angsi, Datuk tanpa permit berdepan denda RM10,000
Pengunjung atau pendaki yang menjalankan aktiviti pendakian di Taman Eko-Rimba dan trek pendakian di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mendapatkan permit.

Kru kabin berdepan denda hampir RM100,000 gara-gara bergambar di sayap pesawat
Seorang kru kabin sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan bertindak memanjat sayap pesawat untuk bergambar.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama.

Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang
Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia.

Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.

Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
Victor Axelsen meluahkan kekecewaannya terhadap BWF yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.

Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.