KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan kes taun atau kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor.
“Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor,” kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam satu ciapan di Twitter pada Ahad.
Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan mengelakkan makanan mentah serta menjaga kebersihan diri.
Jelasnya, maklumat lanjut berhubung kes kolera tersebut akan diperincikan kelak.
Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.
Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk.
Astro Awani
Sun Nov 14 2021
Khairy menasihatkan orang awam supaya hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan mengelakkan makanan mentah serta menjaga kebersihan diri. - Foto BERNAMA
Ecuador umum tarif 27 peratus ke atas barangan Mexico
Pengenalan tarif ini dibuat bagi -memastikan layanan adil- daripada Mexcio kepada pengeluar Ecuador, kata Presiden Daniel Noboa.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Februari 2025]
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Februari 2025
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.
Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.
Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
170 kes kolera direkod di Angola
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Korea Utara hantar bantuan kepada 800 keluarga tangani wabak usus
Kim mengarahkan pegawai-pegawainya untuk segera menjalankan tugas meringankan beban dan kesukaran rakyat negara itu.
Tiada kes taun baharu di Selangor, pemantauan tetap diteruskan - Exco
Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya.
Tiada tambahan kes kolera dikesan - JKNS
Pengarah Kesihatan Selangor memaklumkan wanita berusia 56 tahun itu telah sembuh sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan.
Kes kolera dikesan di Selangor - Khairy
Satu kes kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor.
Wabak kolera di Nigeria, lebih 2,000 maut
Sejumlah 65,145 kes disyaki kolera telah dilaporkan dari 23 negeri dan di wilayah ibu kota dengan 2,141 kematian.
Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sabah juga mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.
COVID-19: Pandemik masih belum berakhir - WHO
Agensi itu melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif dan kematian di Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia.