KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.
Ketiga-tiga mereka yang dikaitkan selepas penahanan lelaki warga Israel yang turut memiliki kewarganegaraan Perancis, Shalom Avitan, dihantar pulang selepas siasatan terhadap mereka selesai dijalankan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan itu diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses pemindahan imigran-imigran larangan dari Malaysia.
“Ketiga-tiga lelaki berkenaan telah dihantar ke negara asal mereka iaitu Amerika Syarikat, Turki dan Georgia, bermula Isnin dan Selasa.
“Ketiga-tiga suspek itu termasuk tujuh warga tempatan dibebaskan pada 10 Mei lalu di bawah jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Mengulas mengenai bebas dengan jaminan tujuh lelaki lelaki tempatan, Rusdi memaklumkan, kesemua mereka boleh ditahan semula sekiranya ada bukti baharu.
“Jika ada perkembangan, saksi, keterangan baharu, kertas siasatan boleh dibuka bila-bila masa.
"Jangan ingat kalau dibebaskan dia lepas begitu sahaja,” katanya.
Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi siasatan kes berkaitan lelaki Israel, Avitan Shalom.
Avitan Shalom ditahan di ibu negara pada pada 27 Mac lalu kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru.
Daripada jumlah itu, tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah pun dituduh di mahkahmah manakala lima lagi dibebaskan.
Seramai 10 lagi individu sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 15 2024

Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan itu diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses pemindahan imigran-imigran larangan dari Malaysia. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.

Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Perbicaraan Avitan Shalom, 38, berjalan selama sembilan hari iaitu 30 September, 1 hingga 3, dan 7 hingga 11 Oktober.

Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.