Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman difailkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan sabitan dan hukuman liwat ke atasnya dibuat berdasarkan penipuan dan keterangan palsu.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad mendapati saman Anwar selaku plaintif terhadap kerajaan yang dinamakan sebagai defendan tunggal tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah, remeh dan menyusahkan serta menyalah guna proses mahkamah.
Nik Hasmat dalam penghakimannya berkata peguam negara mempunyai kuasa mutlak untuk memulakan pendakwaan ke atas sesiapa sahaja dan ia tidak harus dipersoalkan mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai isu terdapat penipuan dalam keterangan saksi pendakwaan, mahkamah mendapati isu itu tidak diberikan secara terperinci oleh pihak plaintif (Anwar).
"Mahkamah mendapati plaintif tidak menamakan siapakah pegawai atau saksi defendan (kerajaan) yang telah didakwa memberi keterangan palsu di mahkamah?" katanya, yang turut memaklumkan dakwaan itu boleh dijawab oleh defendan (kerajaan) jika plaintif menamakan butiran lanjut mengenai saksi yang didakwa terbabit dalam penipuan berkenaan.
Hakim itu berkata mahkamah juga mendapati adalah tidak tepat untuk mengaitkan sabitan dan hukuman liwat ke atas plaintif diperoleh berdasarkan penipuan.
"Ini adalah kerana semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, plaintif (Anwar) didapati tidak bersalah dan dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat, tetapi dia didapati bersalah di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
"Dakwaan bahawa terdapat penipuan semasa perbicaraan telah disalah anggap oleh plaintif," jelas hakim itu dan memerintahkan Anwar membayar kos RM5,000 kepada kerajaan.
Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud mewakili kerajaan manakala Anwar, yang hadir pada prosiding hari ini, diwakili peguam N. Surendran, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu.
Dalam permohonan bertarikh 12 Mei 2017, kerajaan memohon saman bekas ketua pembangkang itu dibatalkan atas alasan ia menyalahgunakan proses mahkamah dan tiada kuasa tindakan yang munasabah selain mendakwa tindakan Anwar memfailkan saman adalah tidak sah mengikut Perlembagaan dan ia berbaur hasutan.
Anwar memfailkan saman itu pada 17 April 2017 dan memohon perintah supaya keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7 Mac 2014 dan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 diketepikan atas sebab penipuan yang didakwa dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, iaitu saksi utama pendakwaan.
Katanya Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskannya, dan mensabitkan dan menghukumnya kepada penjara lima tahun dan Mahkamah Persekutuan seterusnya menolak rayuannya pada 10 Feb 2015 dan mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.
Anwar turut mendakwa Mohd Saiful telah memberi keterangan palsu di mahkamah yang diketahui defendan adalah tidak benar, namun defendan tetap bergantung kepada keterangan palsu itu untuk manfaat pihaknya.
Disebabkan penipuan itu, Anwar mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan adalah terbatal dan tidak sah dan boleh diketepikan di bawah Seksyen 44 Akta Keterangan 1950 selain menuntut perintah mahkamah supaya dia dilepas dan dibebaskan daripada penjara.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Anwar memfailkan saman itu pada 17 April 2017 dan memohon perintah supaya keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7 Mac 2014 dan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 diketepikan. - Gambar fail
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.