KOTA KINABALU: Peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah sejak kelmarin yang melibatkan penghuni penjara di Kota Kinabalu dan Tawau adalah disebabkan saringan besar-besaran yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Sehubungan itu, pengarahnya, Dr Rose Nani Mudin berkata, peningkatan kes itu diyakini boleh dikawal dengan segera menerusi koordinasi pasukan kawalan serta bilik gerakan di semua daerah.
"Kita sedia maklum bahawa penjara merupakan tempat yang tertutup dan jangkitan mudah berlaku.
"Apabila berlaku kes, Kementerian Kesihatan akan membuat saringan meluas kepada semua anggota dan tahanan dalam penjara... Hal ini menybabkan peningkatan kes mendadak," katanya selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Isnin.
BACA: 666 positif hari ini, dua penjara penyumbang utama kes COVID-19 di Sabah
Ditanya sama ada pihaknya akan memberi vaksin kepada penghuni penjara, beliau mendedahkan pihaknya berusaha mempercepatkan pemberian vaksin bukan hanya kepada penghuni penjara tetapi seluruh rakyat di Sabah.
"Memang matlamat kami adalah untuk memberi vaksinasi secepat dan sebanyak mungkin untuk rakyat Sabah. Namun, kami masih menunggu bekalan vaksin kerana kita perlu memberi perhatian dan keutamaan kepada negeri-negeri yang mempunyai kes yang sangat tinggi," katanya.
Tambah Dr Rose Nani, sehingga Julai 2021, Sabah menerima lebih 700 ribu vaksin dan mempertingkatkan pemberian vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebanyak dua kali ganda khususnya di PPV yang mempunyai populasi tinggi.
Selain itu, menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok, Dr Rose Nani menasihati umat Islam di Sabah agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Astro Awani
Mon Jul 19 2021

Rombongan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diketuai Dr Rose Nani (tiga dari kiri) yang membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin (tengah) di Istana Negeri, pada Isnin. - Gambar ihsan Japen Sabah.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Kes COVID-19 kembali meningkat, Thailand pertingkat saringan besar-besaran di Phuket
Pihak berkuasa kesihatan Thailand akan meningkatkan ujian saringan besar-besaran di Phuket minggu ini dalam usaha untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 yang meningkat di pulau peranginan itu.

COVID-19: Peningkatan kes kerana saringan besar-besaran - TPM
Kerajaan telah menjangkakan kes COVID-19 akan meningkat apabila PKPD dilaksanakan di 36 mukim di Selangor dan 16 lokaliti di Kuala Lumpur.

MMA cadangkan KKM lakukan saringan COVID-19 besar-besaran pada kawasan HIDE
MMA turut mencadangkan supaya KKM juga perlu melihat keperluan untuk melakukan vaksinasi besar-besaran bagi mengekang penularan di kawasan tersebut.