Pemandu traktor insiden pelajar perempuan tingkatan dua maut terkena bilah mesin potong rumput bakal dihadapkan atas tiga pertuduhan berhubung insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata, pemandu berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dengan kecuaian menyebabkan kematian si mati.
Manakala menurutnya, dua pertuduhan lagi di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan dengan perbuatan cuai menyebabkan kecederaan.
"Selain itu, kita turut telah menerima analisa DNA daripada Jabatan Kimia pada bilah pisau yang ditemui yang mempunyai DNA mangsa.
"Tarikh pertuduhan bakal dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan pada minggu depan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, 13 Feb lalu itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14 tahun, disahkan maut oleh pasukan paramedik selepas bilah mesin potong rumput terbang mengenai kepalanya.
Selain seorang pelajar perempuan maut, dua lagi pelajar lelaki mengalami kecederaan, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, iaitu cedera di bahagian belakang kepala dan Abdullah Hazlan, 14, cedera pada bahagian telinga kanan.
Kedua-duanya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemas berhampiran bagi rawatan lanjut dan kemudiannya di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum dirawat sebagai pesakit luar.
Sinar Harian
Sat Feb 24 2018

Nur Afini (kiri) maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang terpelanting ketika pemandu traktor sedang memesin rumput di padang sekolahnya. - Foto ihsan
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Kes mesin potong rumput: Pemandu traktor bakal hadapi tiga pertuduhan
Pemandu traktor insiden pelajar perempuan 14 tahun maut terkena bilah mesin potong rumput bakal dihadapkan atas tiga pertuduhan berhubung insiden berkenaan.