SIMPANG PULAI: Laporan hasil siasatan awal kes pekerja asing yang maut dalam runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai di sini pada Selasa, mendapati tiada kecuaian daripada pihak majikan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan berkata berdasarkan laporan, terdapat pergerakan batu-batu kecil semasa mangsa berpatah balik ke jengkaut yang dikendalikannya dipercayai bagi mengambil barangan peribadinya yang tertinggal.
"Laporan penuh siasatan yang dijalankan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dijangka akan diperoleh dalam tempoh sebulan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.
Selasa lepas, dalam kejadian terbaharu, seorang pekerja asing lelaki maut apabila terperangkap dalam runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai.
Mayat Sohail Sajjad, 36, yang merupakan warga Pakistan berjaya dikeluarkan dalam keadaan sempurna meskipun tangan mangsa dikatakan tersangkut di bawah jentera.
Dalam pada itu, Sivanesan berkata sebanyak sembilan kes maut dilaporkan berlaku membabitkan pekerja kuari di negeri ini sejak 2017.
Susulan kejadian itu, semalam Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata satu jawatankuasa khas akan dibentuk dalam masa terdekat bertujuan menilai semula aspek keselamatan bagi pengoperasian kuari di Perak.
Beliau berkata jawatankuasa itu juga tidak hanya menyentuh kepada isu keselamatan di kawasan kuari malah membabitkan kawasan berisiko berlaku kejadian tanah runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Selasa lepas, dalam kejadian terbaharu, seorang pekerja asing lelaki maut apabila terperangkap dalam runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai. - Foto JBPM
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Kes pekerja maut di kuari: Siasatan awal dapati tiada kecuaian di pihak majikan
Laporan hasil siasatan awal kes pekerja asing yang maut dalam runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai pada Selasa, mendapati tiada kecuaian daripada pihak majikan.