Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 1 Mac bagi sebutan semula kes bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut terhadap Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook miliknya.
Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu sementara menunggu keputusan representasi kes berkenaan yang difailkan pihak pembelaaan Abdul Rahim, 65, pada 17 Disember tahun lepas.
Abdul Rahim didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya Rahim Tamby Chik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 September lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Abdul Rahim turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui pemberita, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Abdul Rahim berkata pihaknya memfailkan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 17 Disember lepas bagi menggugurkan pertuduhan ke atas anak guamnya atas sebab beliau tidak mempunyai niat menghasut.
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman.
Bernama
Tue Jan 05 2016

Abdul Rahim didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebooknya Rahim Tamby Chik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada kira-kira 8 pagi, 25 September lepas. - Gambar fail

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

PRU15: UMNO tidak akan menang lebih 50 kerusi - Rahim Thamby Chik
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata UMNO ibarat sebuah rumah besar namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk dibaiki.

Kes Rahim Thamby Chik didakwa siar penerbitan menghasut disebut semula 1 Mac
Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu sementara menunggu keputusan representasi kes berkenaan yang difailkan pihak pembelaaan Abdul Rahim pada 17 Disember tahun lepas.

Kertas siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Melaka selesai - Khalid
Polis Diraja Malaysia telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Dewan Diraja Selangor nafi Raja Muda menukar agama
Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.