KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam kes rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bahawa dokumen berkenaan telah diserahkan kepada pihak pembelaan pada 18 April lepas.
"Untuk rekod, pihak pendakwaan telah membuat serahan laporan forensik dan aduan sebagaimana permohonan yang dibuat pihak pembelaan," katanya semasa sebutan kes itu hari ini.
Peguam Haijan Omar yang mewakili Lim mengesahkan telah menerima dokumen tersebut.
Laporan forensik itu membabitkan perbualan di aplikasi WhatsApp antara ahli perniagaan G. Gnanaraja dan pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung pemberian 'Coklat RM2 juta' yang didakwa telah diberikan kepada Lim sebagai rasuah.
Perkara itu (perbualan di WhatsApp) didedahkan pada perbicaraan sebelum ini melalui keterangan pegawai penyiasat forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Penguasa Wan Mohd Firdaus Wan Yusof.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan bersambung 18 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Lim (kanan) berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut. - Fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.

Kes rasuah Guan Eng: Kontraktor dibayar RM74.8 juta pindah milik tanah kerajaan negeri - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, yang mendedahkan perkara itu, berkata pembayaran dibuat secara berperingkat.

Kes rasuah Guan Eng: Pihak pendakwaan serah laporan forensik perbualan WhatsApp
Pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Projek terowong di Setiawangsa akan bermula September - DBKL
Projek pembinaan terowong di Jalan Mohd Yatim Yahaya-Jalan Setiawangsa di sini, dijangka bermula pada September ini.

Bicara kes Guan Eng: MoU tidak nyata projek terowong dibuat secara tender terbuka - Saksi
Menurut saksi, dalam dua MoU ditandatangani di antara kerajaan negeri dengan BUCG sekitar 2011, tidak menyatakan projek itu dibuat melalui tender terbuka.

MCA sedia bekerjasama dengan kerajaan P. Pinang atasi banjir
Setiausahanya Tang Heap Seng berkata mereka mempunyai kepakaran dan sedia berkongsi kepakaran itu dengan kerajaan negeri sekiranya dipelawa.

Guan Eng didesak perinci bayaran kepada pemegang konsesi
UMNO Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.