SHAH ALAM: Ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad yang didakwa semalam atas dua pertuduhan rasuah, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Adam Radlan, 42, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, ahli perniagaan berkenaan didakwa menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tan Chuan dan Mat Jusoh Mamat melalui akaun CIMB Bank Bhd milik syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd yang dia adalah pengarah syarikat berkenaan.
Ia sebagai upah bagi tertuduh membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure Energy Sdn Bhd bagi mendapatkan dua projek iaitu Ibu Pejabat Daerah Klang Utara dan pembinaan jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan Malaysia masing-masing bernilai RM141 juta serta RM47.8 juta.
Adam Radlan didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Bhd cawangan Jaya One, Petaling Jaya antara 26 Nov 2021 dan 5 Jan 2023 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Allan Suman Pillai memohon wang jaminan RM500,000 dan dua orang penjamin untuk setiap pertuduhan serta tertuduh perlu melapor diri setiap dua bulan sekali ke pejabat SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Adam Radlan memohon agar wang jaminan dikurangkan kepada RM300,000 untuk kedua-dua pertuduhan memandangkan akaun tertuduh sudah dibekukan dan kini menanggung empat orang anak dan ibunya.
Rozilah membenarkan Adam Radlan diikat jamin RM300,000 dengan dua orang penjamin bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan iaitu melapor diri ke pejabat SPRM di Putrajaya sebulan sekali.
Rozilah berkata sekiranya pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur digugurkan, pihak pendakwaan diminta memindahkan pasport tertuduh untuk disimpan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, Hakim Suzana Hussin membenarkan Adam Radlan diikat jamin RM120,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
Rozilah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April depan.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya dibuat mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, penangguhan projek melibatkan nilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Adam Radlan hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di Shah Alam atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa. --fotoBERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.

Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai
Selain 9 Julai, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan pada 10 dan 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.

Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.

Mahkamah benar lima pertuduhan rasuah Adam Radlan dibicara bersama
Mahkamah memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Adam Radlan, dibicarakan bersama.

Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas
Faizan berkata perkara sedemikian disifatkan sebagai tidak sihat.

Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - Peguam
Mohd Khairul Azam berkata pendakwaan bermotifkan politik tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara.

'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.

Kes Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa lagi
Adam Radlan didakwa atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Kes rasuah Jana Wibawa: Adam Radlan hadapi dua lagi pertuduhan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan.