Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan oleh saksi keempat pendakwaan, dia diarahkan mengisi wang ke dalam dua beg di cawangan Maybank di Kuala Lumpur.
Saksi tersebut, Shamsul Rizal Sharbini berkata beliau sebelum itu diarahkan membawa majikannya, Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, ke bank tersebut pada penghujung 2016.
Turut bersama ketika itu ialah rakan Saidi yang dikenali sebagai Razak.
Katanya, beliau diarah membeli dua buah beg galas, masing-masing berharga RM45.
Sebaik sahaja beg itu dibawa ke bank tersebut, Shamsul diarahkan memasukkan sejumlah wang yang kebanyakannya adalah duit kertas RM100 ke dalam kedua-dua beg tersebut.
Sebaik wang itu diisi, Shamsul memberitahu mahkamah, Saidi kemudian mengarahkannya memandu kenderaan ke Pavilion.
Ketika di sana, Shamsul melihat pembantu peribadi Rosmah, Datuk Rizal Mansor berada di lobi bangunan.
Semalam, Mahkamah Tinggi ditunjukkan dengan beberapa gambar lokasi laman rumah termasuk ruang tamu yang didakwa berlakunya penyerahan wang RM1.5 juta kepada isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Susulan itu, Shamsul pada prosiding hari ini turut membuat pengecaman dan mengesahkan telah menghantar dua beg tersebut sebelum ia diletakkan di sofa berwarna hijau di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.
Terdahulu, Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi kira-kira pukul 9.50 pagi bagi menghadiri perbicaraan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana bagi pembekalan dan pemasangan tenaga solar melibatkan 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 06 2020

Rosmah berdepan pertuduhan berhubung tiga kes rasuah berkaitan projek tenaga solar yang dihadapinya.- Astro AWANI/HASIMI MUHAMAD

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,057 gram (g) dadah jenis ganja bernilai RM9,300 dalam serbuan di Gelang Patah.

25 unit bom 'hand grenade smoke' ditemui di tapak pembuangan sampah
Polis Dungun mengambil kesemua bom itu kira-kira pukul 1.30 pagi semalam di sekitar kawasan semak samun, yang berdekatan kawasan ladang kelapa sawit.

Kastam Perak patah cubaan tiga wanita seludup wang RM500,000
Hasil pemeriksaan, tiga beg galas berisi wang tersebut ditemukan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan di bahagian but.

Kes rasuah Rosmah: Saksi keempat diarah isi wang dalam dua beg galas
Sebaik sahaja beg itu dibawa ke bank tersebut, Shamsul diarahkan memasukkan sejumlah wang yang kebanyakkannya adalah duit kertas RM100 ke dalam kedua-dua beg tersebut.

'Pusher' dadah ditahan bersama beg galas berisi heroin, syabu
Suspek ditahan kira-kira jam 9 malam sewaktu sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Kampung Carol Celu, Kubur Panjang.

Mayat bayi ditemui dalam beg galas di tengah sungai
Bayi yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah beg galas di tengah Sungai Beris Tok Ku, Penarik, dekat sini, kira-kira jam 4 petang Khamis.

Guru tuisyen wanita cedera dalam cubaan samun
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya balik dari pusat membeli-belah, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Tsunami, puasa menarik pelancong beg galas ke Aceh
Dia melakukan perancangan untuk melancong sambil menjalani ibadah puasa di sana dan kemudian disertai seorang rakan yang turut berminat menyertai kembara cara itu di saat akhir.

Bom Bangkok: Suspek serah peranti kepada pengebom kuil - Polis
Suspek utama dalam insiden letupan di Bangkok bulan lalu menyerahkan beg berisi bom kepada seorang lelaki memakai baju-T kuning, kata polis Thailand.

Dua buah beg galas diletupkan sebelum maraton Boston bermula
Orang ramai telah dipindahkan ekoran penemuan beg galas di garisan penamat maraton Boston.