KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor telah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak walaupun suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dipanggil memberi keterangan bagi pihak pembelaan.
Pasukan pembelaan dalam hujahan bertulisnya berkata ia memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.
"Kami dengan hormatnya berhujah bahawa adalah hak prerogatif pihak pembelaan untuk memanggil saksi yang ditawarkan, Najib untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah. Bagaimanapun pada 10 Jan, peguam utama pihak pembelaan, Datuk Jagjit Singh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memutuskan untuk menarik balik selepas membincangkan merit memanggil Najib dan memilih untuk tidak memanggilnya kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.
"Pendakwa utama Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan tiada masalah dengan keputusan pembelaan untuk tidak memanggil Najib kerana ia adalah hak prerogatif pembelaan untuk berbuat demikian," kata pihak pembelaan dalam hujah bertulis yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Mac.
Dalam penghujahan di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan berkata pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti bahawa tertuduh (Rosmah) sememangnya telah meminta dan menerima sebarang suapan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Ia seterusnya berkata pihak pendakwaan terus mendapati tertuduh bersalah tanpa sebarang asas dan bukti walaupun pihak pendakwaan sendiri mengakui tertuduh tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.
"Oleh itu, kami berhujah bahawa adalah jelas bahawa dakwaan dan pertuduhan terhadap tertuduh adalah remeh, dilakukan dengan tujuan semata-mata untuk menjadikan tertuduh sebagai kambing hitam.
"Justeru, anggapan statutori di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak boleh digunakan terhadap tertuduh kerana pihak pendakwaan gagal mewujudkan bahan penting bagi ketiga-tiga pertuduhan dalam kes ini," hujah pihak pembelaan.
Pada 23 Feb tahun ini, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan esok (5 April) untuk mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan.
Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.
Beliau berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi.
Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan esok (5 April) untuk mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.