SHAH ALAM: Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa hasil siasatannya mendapati tiada rekod pembayaran dibuat syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
V. Mahendran, 38, berkata menerusi keterangan saksi-saksi pendakwaan dan semakan lejar yang diperoleh daripada bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, tiada sebarang pembayaran dibuat kepada Menteri Kanan Pertahanan itu.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong, semasa perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini.
Zander Lim: Siapakah saksi-saksi yang memberi keterangan tersebut ?
Mahendran: David Tan, Harry Lee (bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khiun) dan Wan Quoris (bekas Pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani)
Zander Lim: Berdasarkan lejar ini, adakah nama Hishammuddin dicatat?
Mahendran: Tidak ada
Ketika ditanya TPR Datuk Raja Rozela Raja Toran, sama ada wujud siasatan membabitkan nama-nama orang kenamaan yang terdapat di dalam lejar UKSB, saksi pendakwaan ke-18 itu menjawab: "Saya semak puluhan nama individu seperti pegawai kerajaan, ahli politik, rakan perniagaan dan juga nama orang kenamaan seperti KJ".
Sementara itu, semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid, saksi itu berkata beliau tidak pernah menyiasat nama proksi-proksi menteri semasa proses siasatan kes itu.
Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu. - Gambar fail/BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal
Beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.

Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.

Pakatan Nasional: Dr Mahathir tanya Ahmad Zahid ada sokongankah? - Kadir Jasin
Terdahulu, Dr Mahathir menafikan beliau mempelawa UMNO dan PAS untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.