KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang sudah merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan insiden perebutan anak yang tular di media sosial Khamis lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, rakaman percakapan itu membabitkan dua buah keluarga terdiri daripada mangsa, iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, ibunya, bapa saudaranya, nenek (sebelah ibu) dan pemandu mereka.
Mohd Radzi berkata pihak polis turut mengambil keterangan datuk dan nenek mangsa (sebelah bapa) untuk tindakan selanjutnya.
"Kita sudah selesai merakam keterangan keluarga di kedua-dua belah pihak berhubung kes perebutan anak tersebut, dan kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi menyiasat kes berkenaan."
"Ketika ini mangsa (kanak-kanak) berada di Selangor bersama ibunya. Soal hak jagaan anak pula masih di peringkat perbicaraan di mahkamah," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas Pulau Pinang , hari ini.
BACA: Bukan kes culik, tapi kes berebut anak - Polis
Astro AWANI sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dibawa lari ibunya di hadapan sebuah sekolah, menyebabkan ramai yang menyangka ia adalah kes culik.
Bagaimanapun,polis mengesahkan bahawa kejadian itu bukan kes culik sebaliknya berkaitan isu perebutan anak.
Insiden berkenaan tular, selepas seorang pemilik akaun Facebook (FB) memuat naik dua klip video masing-masing bedurasi satu minit 30 saat di media sosial berhubung insiden berkenaan.
Video pertama memaparkan seorang wanita tersembam di atas jalan ketika cuba berlari mendapatkan semula cucunya yang ketika itu ingin dibawa lari bekas menantunya dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam.
Sementara, video kedua memaparkan suami wanita itu turut pergi ke arah kereta terbabit untuk menghalang bekas menantunya membawa lari kanak-kanak berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Oct 05 2022
nsiden berkenaan tular, selepas seorang pemilik akaun Facebook (FB) memuat naik dua klip video masing-masing bedurasi satu minit 30 saat di media sosial berhubung insiden berkenaan. - Foto ihsan pembaca
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Kes rebut anak: Polis selesai rakam keterangan tujuh individu
Polis Pulau Pinang sudah merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan insiden perebutan anak yang tular di media sosial Khamis lepas.
Kes rebut anak: Polis ambil jalan tengah - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengambil jalan tengah dalam soal hak penjagaan anak yang membabitkan keputusan berbeza mahkamah syariah dan sivil.
Kerajaan digesa selesai pertindihan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil
Isu berkaitan hak-hak antara muslim dan bukan muslim perlu diberi keutamaan sewajarnya, agar membawa kebaikan dan keadilan kepada semua pihak.