GEORGE TOWN: Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kesemua berusia 19 hingga 67 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan diri itu ditahan di sebuah pondok dusun durian, Jalan Sungai Ara, dekat sini pada 16 Mei lepas.
"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan tiga daripadanya iaitu dua lelaki bersama seorang wanita masih direman hingga 3 Jun.
"Sementara lelaki warga emas berumur 67 tahun direman hingga 20 Mei dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata polis telah merekodkan keterangan beberapa individu dan akan mengambil keterangan sejumlah lagi individu.
Hamzah berkata siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dalam pelbagai sudut kerana melibatkan isu sensitif dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
"Kita akan merekodkan keterangan beberapa pihak lagi bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu," katanya sambil menambah polis menerima 17 laporan berhubung kejadian berkenaan.
Pada 15 Mei lepas, kira-kira 8 pagi, polis mendapati satu gambar resit itu dimuat naik di aplikasi X dan susulan itu satu laporan diterima pada 8.46 malam.
Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan diterima pada 5.05 petang oleh restoran makanan segera itu dan mempunyai perkataan menghina di bahagian 'remark' atau nota pesanan.
Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini, dengan kenyataan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Tular di media sosial satu hantaran gambar resit yang dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di dengan kenyataan menyentuh isu 3R. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa menghina Islam.

Polis buka kertas siasatan kes resit hina Islam
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.