PUTRAJAYA: Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Peguam Johan Radzi memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan di sini hari ini, Syed Shah Iqmal tidak mahu meneruskan rayuan dan ingin menarik balik rayuan berkenaan.
"Perayu sebelum ini telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan perayu daripada pertuduhan merogol.
"Perayu sudah membela diri atas pertuduhan berkenaan dan keputusan di akhir kes pembelaan ditetapkan pada Ogos ini. Rayuan perayu kini bersifat akademik," kata peguam itu yang memaklumkan bagi pihak peguam utama perayu Syed Amirul Syed Edros, yang tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana hal kecemasan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad berkata rayuan Syed Shah Iqmal tidak lagi kompeten, berikutan perayu sudah membela diri.
Pada prosiding itu, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk S.M Komathy Suppiah, membatalkan rayuan berkenaan.
Menerusi semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk keputusan pada 30 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Norazlin Othman.
Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 28, daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 Sept 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
![Kes rogol: Da'i Syed tarik balik rayuan Kes rogol: Da'i Syed tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720003730_DaiSyed.jpg)
Peguam memaklumkan, Syed Shah Iqmal tidak mahu meneruskan rayuan dan ingin menarik balik rayuan berkenaan. - Gambar fail
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730789609_SyedShahIqmal.jpg)
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
!['Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed 'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727154403_SyedShahIqmal.jpg)
'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.
![Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727150884_SyedSvhahIqmal.jpg)
Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan
Menerusi notis rayuan yang difailkan 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal, membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim.
![Mahkamah Tinggi benar tangguh hukuman penjara Da'i Syed sehingga rayuan didengar Mahkamah Tinggi benar tangguh hukuman penjara Da'i Syed sehingga rayuan didengar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725000486_SyedShahIqmal.jpg)
Mahkamah Tinggi benar tangguh hukuman penjara Da'i Syed sehingga rayuan didengar
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan penangguhan hukuman penjara Da'i Syed atas pertuduhan merogol seorang wanita.
![Da'i Syed dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman Da'i Syed dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724995352_DaiSyed.jpg)
Da'i Syed dihantar ke Penjara Kajang, mahkamah tolak permohonan tangguh hukuman
Hakim menolak permohonan Syed Shah Iqmal, 29, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.
![Kes rogol: Tindakan Da'i Syed tidak dapat diterima akal - Hakim Kes rogol: Tindakan Da'i Syed tidak dapat diterima akal - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725000486_SyedShahIqmal.jpg)
Kes rogol: Tindakan Da'i Syed tidak dapat diterima akal - Hakim
Tindakan Da'i Syed sebagai seorang pendakwah, merogol seorang wanita berusia merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah.
![Kes rogol: Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan Kes rogol: Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724995352_DaiSyed.jpg)
Kes rogol: Da'i Syed dipenjara 10 tahun, tiga sebatan
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
!['Ini ujian buat saya' - Da’i Syed 'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720672044_DaiSyed.jpg)
'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed
Da'i Syed menganggap kes pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas sebagai satu ujian Allah buatnya.
![Kes rogol: Da'i Syed tarik balik rayuan Kes rogol: Da'i Syed tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720003730_DaiSyed.jpg)
Kes rogol: Da'i Syed tarik balik rayuan
Pendakwah selebriti Da'i Syed menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
!['Kami sampai...' - Isteri akui rumah tangga pernah goyah berikutan kontroversi rogol Da'i Syed 'Kami sampai...' - Isteri akui rumah tangga pernah goyah berikutan kontroversi rogol Da'i Syed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694397357_tbDaiSyed.jpg)
'Kami sampai...' - Isteri akui rumah tangga pernah goyah berikutan kontroversi rogol Da'i Syed
Hana berkata, kes rogol yang melibatkan suaminya itu menimbulkan syak wasangka sehingga menyebabkan dirinya bergaduh dengan Da'i Syed.