KUALA LUMPUR: Saksi pendakwaan ke-16 kes pengabaian dan penderaan remaja dikenali sebagai Bella melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa tertuduh pernah datang ke kliniknya bagi mendapatkan ubat rawatan akibat terkena air panas.
Dr Rashid Khan Mohamad mendedahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik di hadapan Hakim Izralizam Sanusi hari ini.
Jelas Dr Rashid Khan, tertuduh telah datang ke Klinik Setapak dan Surgeri pada 2 Jun 2021 mengadu anaknya tersimbah air panas pada 9 Mei 2021 dan ingin mendapatkan ubat berkenaan.
Selain itu, Siti Bainun jelas saksi turut mahu mendapatkan ubat untuk dirinya sendiri.
Tambahnya, beliau telah memberikan ubat iaitu dua jenis tablet voltaren dan motilium untuk tertuduh, manakala combiderm cream dan tablet piriton untuk anak tertuduh.
Bagaimanapun Dr Rashid Khan memberitahu bahawa beliau hanya berjumpa Siti Bainun dan tidak berjumpa dengan Bella ketika itu.
Pemberian ubat itu kata saksi hanya berdasarkan keterangan diberikan tertuduh ketika itu tanpa sebarang gambar kecederaan mangsa ditunjukkan kepadanya.
Sementara itu, dalam soal balas peguam mewakili Siti Bainun, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor sama ada menjadi amalan doktor memberikan ubat tanpa berjumpa pesakit, Dr Rashid menafikan perkara itu.
Jelasnya, ketika itu kliniknya berdepan jumlah pesakit yang ramai ekoran pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan klinik memberikan ubat kepada penjaga berdasarkan rekod perubatan sedia ada.
Ditanya sama ada saksi mengetahui bahawa Siti Bainun datang ke klinik berkenaan bersama Bella dan Ina (penghuni Rumah Bonda), Dr Rashid Khan menjawab tidak tahu.
Turut dicadangkan peguam bela bahawa Bella resah apabila menunggu lama di dalam klinik berkenaan sebelum dibawa keluar oleh Ina dan dimasukkan ke dalam kereta, saksi menjawab tidak tahu.
Bagaimanapun saksi bersetuju kliniknya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang menunggu dan kawasan luar klinik.
Namun jelasnya, rakaman CCTV itu tidak diminta pegawai penyiasat polis.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, ibu negara.
Mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tertuduh boleh dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Fareez Azman
Wed Sep 21 2022

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi
Seorang pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa terdapat unsur penderaan atau penganiayaan terhadap remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Kes Rumah Bonda: Saksi dedah Siti Bainun pernah dapatkan ubat rawatan terkena air panas
Saksi mendedahkan perkara itu ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik dihadapan Hakim Izralizam Sanusi.