Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam Simon Murali yang mewakili Lim turut menyebut bagi pihak peguam defendan dan membacakan pernyataan maaf itu di dalam mahkamah di hadapan Hakim Datuk Rosilah Yop.
Permohonan maaf itu berbunyi: "Kami merujuk kepada artikel yang diterbitkan dalam edisi New Straits Times pada 5 Februari 2017 bertajuk, Political Intervention was real, says PAS dan dengan nota editorial yang tertera, Guan Eng had hand ini non-renewal of Mufti's contract.
"Artikel itu mengandungi kenyataan memfitnah YB Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan sekarang adalah Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
"Kami dengan ini secara tulus ikhlas memohon maaf tanpa syarat kepada YB Lim Guan Eng bagi penerbitan artikel tersebut dan menyatakan penyesalan kami yang mendalam atas apa jua kesusahan dan penderitaan yang mungkin diakibatkan kepada beliau".
Mahkamah turut memerintahkan NSTP selaku defendan membayar kos kepada Lim selaku plaintif dalam kes itu sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi.
Mahkamah turut memerintahkan defendan mencetak, menyiarkan dan menerbitkan dalam akhbar New Sunday Times (edisi hari Ahad surat khabar New Straits Times) pernyataan maaf tanpa syarat dan pernyataan maaf itu hendaklah disiarkan dan diterbitkan dalam muka surat 3 akhbar New Sunday Times bersama dengan gambar foto plaintif.
Rosilah kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dan membatalkan saman tersebut.
Pada Ogos tahun lalu, Lim memfailkan saman itu terhadap NSTP dan mendakwa pada 5 Feb 2017, defendan telah mencetak dan menerbit dan /atau menyebabkan percetakan dan penerbitan di dalam NST yang disiarkan dalam satu artikel bertajuk Political Intervention was real, says PAS.
Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa artikel tersebut telah menjejaskan reputasinya dan menyebabkan plaintif terdedah dengan penghinaan, kebencian, keaiban dan skandal awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
![Kes saman fitnah Lim Guan Eng terhadap NST selesai Kes saman fitnah Lim Guan Eng terhadap NST selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41541135291_LimGuanEng.jpg)
Pada Ogos 2017, Lim memfailkan saman terhadap NSTP kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Political Intervention was real, says PAS' yang telah menjejaskan reputasinya. - Gambar fail
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan? Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637831663_kanakporno.jpg)
Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?
Kesedaran mengenai keselamatan siber perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memastikan generasi muda lebih peka terhadap ancaman dunia digital.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi jam 5.49 petang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan, diserang sakit jantung
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
![Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739411363_CopadelRey.jpg)
Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid
Perlawanan separuh akhir itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini.
Op selamat 23 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Trump hubungi dua presiden, tekad tamatkan perang Rusia-Ukraine
Presiden America Syarikat, Donald Trump membincangkan perang di Ukraine dalam panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
![Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707116588_ManchaAta.jpg)
Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak
Seorang wartawan veteran di sini telah membuat laporan polis terhadap seorang penulis dua artikel dalam talian baru-baru ini yang dikatakan memfitnah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643611701_TBLALITHA.jpg)
Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.
![Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637944169_wismaputra.jpg)
Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan Tubir Selatan (South Ledge) seperti didakwa sebuah artikel terbitan Defence Security Asia.
![Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605562178_TUNABDULLAHAHMADB.jpg)
Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.
![Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604265857_NoorHisham.jpg)
Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
![Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597710144_TBDOCBERDARJAHMARK.jpg)
Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
Markas TLDM berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.
![Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566019129_AirAsia.jpg)
Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah
Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen.
![Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51569467679_TBNAJIBIMDB.jpg)
Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel
Najib mendakwa artikel dibuat bagi mengenakan tekanan ke atas Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah berkenaan dalam kes SRC International.
![Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571628395_TBRAMASAMY.jpg)
Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman
Ramasamy berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak polis.
![Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562067258_TeresaKok.jpg)
Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.