KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Datuk Ng Chin Chai terhadap Muhammad Roslin Hashim selesai, selepas bekas pemain perseorangan lelaki negara itu memohon maaf kepada Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkenaan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.
Muhammad Roslin, 48, ketika membacakan pernyataan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh berkata beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Ng kerana telah membuat kenyataan fitnah serta menyinggungnya semasa siaran langsung atau 'Facebook Live' di akaun Facebook beliau (Muhammad Roslin), Abe Lin pada 19 Jan 2022.
"Saya berasa kesal atas kenyataan saya yang telah menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada Datuk Ng Chin Chai. Saya sedar yang kenyataan saya telah mencalarkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang peguam dan pegawai BAM, terutamanya kepada peminat-peminat sukan badminton di Malaysia.
"Saya juga sedar bahawa saya telah mengaibkan Datuk Ng melalui kata-kata kesat yang tidak berasas dan tidak patut dinyatakan sama sekali. Saya harap permohonan maaf ini dapat membersihkan nama baik Datuk Ng serta dapat memulihkan hubungan profesional dan hubungan peribadi antara kami," katanya yang turut beraku janji tidak akan sama mengulangi kenyataan fitnah, kata-kata kesat dan menyinggung Ng pada masa hadapan.
Terma-terma penyelesaian antara pihak terlibat kemudian direkodkan di hadapan Hakim Ahmad Shahrir.
Turut hadir prosiding hari ini peguam Datuk Seri Jahabardeen Mohamed Yunoos mewakili Ng manakala peguam Cassandra Lee mewakili Muhammad Roslin.
Ng, 60, selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap Muhammad Roslin pada 28 Mac 2022, mendakwa Muhammad Roslin mengungkapkan kenyataan fitnah dan menyinggungnya dalam Facebook Live menerusi akaun Facebook Abe Lin yang ditonton ratusan pengikutnya, selain pemberita daripada pelbagai agensi berita, media cetak, media dalam talian dan media sosial.
Menurut penyataan tuntutan, Ng mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM serta perosak persatuan itu.
Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran bahawa beliau adalah dalang dalam agenda BAM untuk menyekat pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia daripada menyertai kejohanan badminton antarabangsa, selain mendakwa plaintif telah menyebabkan kejatuhan sukan badminton di Malaysia.
Pada 6 Sept lepas, Muhammad Roslin, yang disaman Datuk Kenny Goh Chee Keong atas dakwaan memfitnah, memohon maaf kepada Setiausaha Agung BAM berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Roslin berkata, beliau dengan ikhlas hati memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Ng kerana telah membuat kenyataan fitnah serta menyinggungnya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Juara Terbuka Artik isyarat positif buat Zii Jia
Roslin menyifatkan kejayaan Zii Jia dalam kejuaraan edisi ke-23 berstatus Super 500 penting kepada pemain berusia 25 tahun tersebut.

Kes saman fitnah selesai, Roslin mohon maaf kepada Ng Chin Chai
Kes saman fitnah Datuk Ng Chin Chai terhadap Muhammad Roslin Hashim selesai, selepas bekas pemain perseorangan lelaki negara itu memohon maaf.

Panel penasihat BAM terkilan tidak dirujuk Misbun Sidek undur diri
Roslin Hashim salah seorang penasihat BAM tertanya-tanya apa fungsi beliau dan rakan-rakan lain jika tidak dirujuk mengenai penamatan kontrak Misbun.

'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'
KEPUTUSAN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain.

Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia
Roslin berkata, dia tiada sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.

"Sumpahan" Birmingham hantui Zii Jia?
Kata Roslin Hashim, Lee Zii Jia telah mensia-siakan peluang keemasan apabila 'bungkus awal' di Jepun.

'Hanya Zii Jia lebih tahu'
Roslin menegaskan, tidak timbul isu patriotik atau sebaliknya berhubung dengan keputusan yang dibuat Zii Jia.

Badminton: Usah tekan Zii Jia - Roslin
Jangan letak harapan menggunung kepada Lee Zii Jia!

Skuad negara kini beralih tumpuan kepada Piala Thomas
Beregu lelaki profesional negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin difahamkan berpeluang buat penampilan pertama di Piala Thomas, Mei depan.