KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap Harakah berhubung isu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah, selesai melalui proses mediasi.
Perkara itu dimaklumkan peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid ketika dihubungi Bernama, selepas prosiding secara dalam talian (Zoom) di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan hari ini.
"Mahkamah hari ini telah merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua belah pihak untuk kes diselesaikan.
"Antara penyelesaian kes itu ialah defendan pertama (wartawan Harakah Aziz Muda) akan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada Datuk Seri Mujahid di akhbar Harakah, dan menarik balik artikelnya bertajuk Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan dan Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH," kata peguam itu.
Namun, Noorazmir berkata terma-terma penyelesaian lain yang terkandung di dalam penghakiman persetujuan itu tidak dapat didedahkan.
Perbicaraan kes itu ditetapkan pada 30 Ogos lepas, namun sebelum prosiding bermula mahkamah menyarankan supaya kes saman itu diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas, menamakan Aziz, Ketua Pengarang Harakah Wan Nordin Wan Yaacob, penerbit laman sesawang harakahdaily serta akhbar Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd dan pencetak akhbar itu Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd sebagai defendan.
Dalam penyataan tuntutannya Mujahid mendakwa pada 7 Februari tahun lepas, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadapnya di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk 'Sajat: Mujahid dan K'jaan PH patut dipersalahkan' serta menerbitkan satu lagi kenyataan yang memfitnah beliau dalam akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Februari menerusi artikel 'Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH'.
Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti 'Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)' selain didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita, sewaktu menunaikan umrah.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjatuhkan maruah, kredibiliti serta reputasinya selaku menteri yang menjaga hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri, dan akibat daripada penyebaran kata-kata fitnah tersebut, beliau mengalami tekanan serta berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
Sementara itu, kesemua defendan menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 28 September tahun lepas berkata Mujahid seharusnya berani bertanggungjawab berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau, dan sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat terutama pengamal media berhubung isu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Mujahid selaku plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti LGBT. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.

Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan
Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menjawat jawatan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) untuk penggal ketiga.

"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.

Amanah sasar perbanyak cawangan menjelang PRU16 - Mujahid
Parti Amanah beriltizam membanyakkan cawangannya, sekali gus meningkatkan jumlah ahli seluruh negara bagi mempersiapkan parti menjelang PRU16.

Mujahid nafi perpecahan dalam Amanah menjelang pemilihan
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof menafikan adanya perpecahan dalam parti itu.

Episod fitnah aset TH dijual kepada bukan Islam berakhir - Mujahid
Ahmad Dusuki menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas, serta diperintahkan membayar kos RM5,000.

Pas perlu cermin diri, rakyat perlu buka mata - Mujahid
Fatwa sesat wajib jatuhkan kerajaan hari ini adalah terdorong hawa nafsu politik yang rakus, dakwa Naib Presiden Amanah.

Pas gagal batal saman Mujahid berhubung dakwaan sokong LGBT
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya LGBT.

Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara
Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan DUN Perak pada 25 Mei lepas.