KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis Mona Din, diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Saman itu membabitkan beberapa hantaran berbaur fitnah oleh Mona atau nama sebenarnya Che Muna Din di akaun Facebook miliknya berhubung isu pemenjaraan bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili SM Faisal berkata kes itu berjaya diselesaikan secara baik dan penghakiman persetujuan telah direkodkan oleh mahkamah berdasarkan terma penyelesaian.
"Defendan (Che Muna) akan menarik balik hantaran berkenaan dan memuat naik permohonan maaf di Facebooknya," kata peguam itu ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Azian Othman.
Menurut Akberdin, mahkamah turut melapangkan tarikh perbicaraan kes itu yang ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos ini.
Peguam Muzzammil Merican Hasnal Rezua Merican yang mewakili Che Muna berkata pihak-pihak mencapai penyelesaian dan anak guamnya tidak akan membuat lagi hantaran berkaitan SM Faisal membabitkan isu berkenaan.
Dalam saman difailkan pada 17 Ogos 2022, SM Faisal selaku plaintif mendakwa defendan memuat naik empat hantaran berbaur fitnah dalam akaun Facebook miliknya, Mona Din antara 29 Jun hingga 20 Julai 2022.
Dakwa plaintif, hantaran-hantaran tersebut antara lain menggambarkan beliau adalah seorang yang kejam, tidak bertimbang rasa dan menyebabkan trauma kepada bekas isterinya selain didakwa menggunakan wang serta pangkatnya untuk memanipulasi sistem keadilan di negara ini.
Sementara itu, Che Muna dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 28 Sept 2022, mendakwa hantaran berkenaan merupakan komen adil dan berpatutan kerana isu tersebut berkepentingan awam.
Pada 4 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia atas kesalahan menghina mahkamah selepas ingkar perintah kerana mengubah tarikh lawatan tiga anak lelakinya untuk bersama bapa mereka, SM Faisal.
Sebelum ini, penyelesaian sama turut dicapai dalam kes saman SM Faisal terhadap Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah sama pada 4 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Kes saman fitnah SM Faisal (foto) terhadap aktivis Mona Din diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen hari ini. -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.
ICQS Bukit Berapit: KDN sedang selesaikan isu berkaitan tanah
KDN kini dalam proses menyelesaikan isu berkaitan tanah bagi pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak.
AWANI 7:45 [15/1/2025] – 35,368 kes tahun 2024 | Pelaburan mata wang tidak wujud | UzmaSAT-1 | 300 Pasangan Malaysia nikah di Thailand
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Kes saman SM Faisal terhadap Mona Din selesai secara baik
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili SM Faisal berkata kes itu berjaya diselesaikan secara baik dan penghakiman persetujuan telah direkodkan oleh mahkamah berdasarkan terma penyelesaian.
Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini
Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.
Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini
Perbicaraan kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung kes memuat naik hantaran berbaur fitnah ditetapkan bermula 4 hingga 6 Oktober.
"Saya jual makanan untuk tanggung tiga anak" - Emilia
Emilia bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
Bicara kes SM Faisal: Anak lelaki sambung beri keterangan 13 Jan
Anak lelaki SM Faisal dan Emilia Hanafi akan menyambung keterangannya pada 13 Jan ini.
SM Faisal, Caprice bincang selesai kes saman - Peguam
Pihak-pihak dalam kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice sedang berusaha menyelesaikan kes itu secara baik sebelum perbicaraan bermula pada 4 Okt 2023.
Waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia
Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana gagal hadir dalam prosiding lawatan tiga anaknya.
SM Faisal kekasih Emilia yang serius: Adik Emilia
SM Faisal telah bertemu dengan Emilia semasa bermain kasut roda ketika remaja.
SM Faisal saman Caprice atas dakwaan memfitnah berhubung kes Emilia
SM Faisal SM Nasimuddin memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice, atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya.
12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis
Kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.