BESUT: Pengunjung pantai di daerah ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti air berikutan penemuan obor-obor Irukandji atau lebih dikenali sebagai obor-obor merah.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, ia susulan insiden seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 32 dan lapan tahun disengat haiwan tersebut ketika mandi di Pantai Bukit Keluang di sini, Selasa lalu.
Menurut Ramlan Ros, kedua-dua kejadian itu berlaku pada jam 2.30 dan jam 6.30 petang.
"Kedua-dua mangsa menunjukkan simptom kemerahan pada kulit akibat sengatan obor-obor itu dan rawatan awal telah diberikan oleh penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Bagaimanapun kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang manakala lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan lanjut selepas mengalami sesak nafas," katanya di sini, pada Khamis.
Ramlan Ros berkata, kedua-dua kes tersebut merupakan kejadian sengatan obor-obor yang pertama dilaporkan di pantai berkenaan, pada tahun ini.
Nur Fazlizai Ali
Thu May 05 2022

Mangsa menunjukkan simptom kemerahan pada kulit akibat sengatan obor-obor itu dan rawatan awal telah diberikan oleh penyelamat APM. - Gambar hiasan/ Wikipedia

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Bot nelayan selamatkan remaja nyaris lemas
Tindakan pantas nelayan pesisir pantai berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada dihanyutkan arus ke tengah laut dalam kejadian di Pantai Pandak, Chendering.

Kes sengatan obor-obor Irukandji, pengunjung pantai di Besut diminta berwaspada
Pengunjung di Besut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti air berikutan penemuan obor-obor Irukandji atau lebih dikenali sebagai obor-obor merah.

Terengganu sebagai hab pelancongan Islamik - MB
Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sedang menyiapkan pelan induk untuk menjadikan Terengganu hab pelancongan berciri Islamik, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.