KUALA LUMPUR: Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hari ini memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.
Bagaimanapun, sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.
Zilfinaz pada prosiding sebelum ini berkata pihaknya memohon supaya seorang perantara dan peneman Bella dilantik mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk berada bersama remaja itu di sebuah bilik lain semasa perbicaraan dijalankan.
"Dua individu ialah pegawai psikologi dari Jabatan Peguam Negara Dr Nor Jumawaton Shahruddin selaku perantara dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Noor Faiidah Mohamed selaku peneman Bella," katanya kepada Hakim Izralizam Sanusi.
Izralizam berkata mahkamah sebelum ini telah membenarkan pelantikan dua individu itu untuk berada bersama Bella sepanjang perbicaraan dengan mengambil kira keadaan kanak-kanak kurang upaya itu.
Beliau turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya prosiding hari ini dijalankan secara tertutup dan meminta pihak media dan orang awam meninggalkan galeri awam.
"Hari ini perbicaraan saksi, Bella akan dijalankan melalui rangkaian secara langsung selaras dengan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.
"Direkodkan bahawa Dr Nor Jumawaton akan berada bersama Bella sebagai perantara selaras dengan Seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Nurul Faiidah juga akan bersama-sama saksi itu sebagai orang dewasa yang menemani, selaras dengan Seksyen 9 akta sama.
"Perlu ditekankan di sini bahawa Bella adalah saksi kanak-kanak kurang upaya maka mahkamah akan mengikut akta sama sebagai panduan," kata Izralizam.
Bella, yang memakai gaun berwarna biru watak Elsa dalam animasi Frozen, dilihat tersenyum apabila tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi diiringi pegawai JKM dan anggota polis.
Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Bella hadir di Mahkamah Sesyen untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.

Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.

Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.

Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.

Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.

Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.

Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.