KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan suspek yang memasang dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta milik peguam Siti Kasim, Jumaat lepas, mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata andaian itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan sebelum ini terhadap suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas yang mengaku mempelajari pembuatan IED di internet.
"PDRM masih menjalankan siasatan motif pemasangan IED (pada kenderaan Siti Kasim) itu, bila bahan itu dipasang dan siapa suspek yang terlibat kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari tempat kejadian bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab meletakkan bahan letupan berkenaan di bawah kenderaan Siti Kasim.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan setakat ini sembilan saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Pada Jumaat lepas, Siti Kasim membuat laporan polis berhubung penemuan dua botol plastik menyerupai bahan letupan yang diletakkan di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial itu.
Siti Kasim menyedari objek tersebut ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kereta di Jalan Maarof, kira-kira 12 tengah hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Razarudin berkata andaian itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan sebelum ini terhadap suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas. - Gambar fail
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Bom di kereta Siti Kasim: Rakaman CCTV belum temukan petunjuk baharu
Semakan CCTV setakat ini tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Kasim telah didekati mana-mana individu yang boleh disyaki.
Suspek kes bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran bahan letupan - Polis
Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan
Ayob Khan berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap berhubung bahan letupan itu.
Kes Siti Kasim: Suspek dipercayai belajar cara buat bom di internet
PDRM tidak menolak kemungkinan suspek yang memasang bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta Siti Kasim, mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.
Bom kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan 9 saksi
Polis telah merakam keterangan sembilan orang saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan bom buatan sendiri di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Penemuan bom di kereta Siti Kasim jenayah serius - KPN
Polis masih mengesan suspek yang meletakkan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu
Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu
Polis sahkan objek bawah kereta Siti Kasim bom jenis IED
Polis mengesahkan objek mencurigakan yang ditemui di bahagian bawah kereta aktivis dan peguam Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).
Siti Kasim dakwa objek menyerupai bom ditemui pada kereta
Aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bom ditemui pada keretanya di Jalan Maarof, Bangsar di sini, hari ini.