KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd mendakwa bekas perdana menteri itu diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dipohon Najib di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai merit dan digunakan sebagai laluan untuk rayuan lanjutan serta penyalahgunaan proses mahkamah.
"Pendapat pemohon (Najib) bahawa kes ini merupakan kes yang sesuai dan sewajarnya untuk Mahkamah Persekutuan menggunakan kuasa dan bidang kuasa sedia ada di bawah Peraturan 137 adalah salah dan tidak bermerit.
"Fakta dan hal keadaan kes ini tidak membolehkan penggunaan Peraturan 137 memandangkan kes ini tidak menunjukkan hal keadaan yang luar biasa untuk semakan dilakukan kecuali bidang kuasa ini disalahgunakan sebagai laluan untuk rayuan lanjutan," katanya dalam afidavit jawapan difailkan untuk menjawab afidavit sokongan Najib yang diikrarkan pada 6 Sept lepas.
Mohd Ashrof, yang memfailkan afidavit jawapan itu pada 7 Okt lepas, berkata bidang kuasa sedia ada pada mahkamah tidak seharusnya digunakan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan berdasarkan merit sebaliknya akan menyebabkan tiada proses litigasi yang muktamad.
"Kes ini (semakan Najib) bukanlah kes luar biasa yang semakan semula boleh dibenarkan. Oleh itu permohonan semakan ini wajar ditolak oleh mahkamah," katanya.
Mohd Ashrof berkata tiada alasan untuk pemohon terperanjat atau terkejut apabila Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.
Katanya, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa hukuman yang dikenakan terhadap pemohon tidak berlebihan dan mengesahkan sabitan dan hukuman.
"Pihak responden (Timbalan Pendakwa Raya) juga tidak mencabar kadar hukuman dikenakan ke atas pemohon. Oleh itu, saya menyatakan bahawa tiada apa-apa tidak sah di sisi undang-undang dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berhubung hukuman dikenakan ke atas pemohon oleh Mahkamah Persekutuan," kata Mohd Ashrof.
Najib, 69, memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya itu kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International.
Beliau turut memohon agar diberi kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas yang menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, atau penjara lima tahun.
Secara alternatif, Najib memohon agar rayuan itu didengar semula oleh korum Mahkamah Persekutuan yang baharu dan terdiri sekurang-kurangnya daripada tujuh hakim.
Najib, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, juga memohon penangguhan pelaksanaan sabitan dan hukuman sementara menunggu pendengaran permohonan semakan itu.
Afidavit Najib yang difailkan bagi menyokong permohonan itu menyatakan bahawa beliau benar-benar percaya dan telah dinasihatkan oleh peguam caranya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh disemak mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Najib, 69, memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya itu kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International. - Gambar fail/BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit - Pendakwaan
Pihak pendakwaan mendakwa Najib diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Kes SRC Najib: Pasukan pembelaan sedih keputusan Mahkamah Persekutuan
Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik meluahkan perasaan sedihnya selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap anak guamnya hari ini.

Kes SRC Najib: Penambahan polis di Istana Kehakiman esok bergantung keperluan
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata penilaian dari semasa ke semasa akan dibuat berpandukan kepada maklumat yang diperolehi.

Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

SRC: Najib mohon Mahkamah Persekutuan dengar rayuan berkaitan bukti baharu terlebih dahulu
Najib memohon Mahkamah Persekutuan mendengar terlebih dahulu rayuan beliau berkaitan bukti baharu yang ingin dikemukakannya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Jho Low desak tidak guna e-mel rasmi AmBank - Bekas pegawai bank
Jho Low mendesak supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun Najib Razak.

Jho Low panggil Najib "big boss" - Bekas pegawai bank
Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Jho Low memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "big boss".

Lebih RM150 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2014 dan 2015 - Saksi
Seorang bekas pengurus bank memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa sejumlah besar wang melebihi RM150 juta telah didepositkan ke dalam tiga akaun AmBank milik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim tolak pemohonan Najib batal tujuh pertuduhan SRC International
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak pemohonan notis usul yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan semua tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International.