PUTRAJAYA: Cubaan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan perbicaraan berhubung rayuan akhir SRC International Sdn Bhd, sekali lagi menemui jalan buntu, apabila ia ditolak Mahkamah Persekutuan.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sewaktu membacakan keputusan panel lima hakim itu berkata, masa yang telah diambil untuk kes tersebut, terutamanya hari yang telah ditetapkan untuk prosiding, bermaksud kes jenayah dan tertuduh lain perlu menunggu giliran untuk rayuan mereka didengari.
Tengku Maimun yang mengetuai panel lima hakim dalam menolak permohonan itu mengarahkan pihak pembelaan meneruskan rayuan utama mereka, Khamis ini.
“Keadilan yang ditangguhkan dalam kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain,” katanya lagi.
Selain Tengku Maimun, panel hakim turut dibarisi Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, dan tiga orang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk P Nallini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
BACA: Isu SRC: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib Razak untuk masukkan bukti baharu
Terdahulu, ketua pembelaan bekas Perdana Menteri itu, Hisyam Teh Poh Teik memohon penangguhan rayuan utama kepada sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan lagi memandangkan mereka baru sahaja dilantik.
Beliau berkata, pembelaan memerlukan lebih masa untuk melihat semula kesemua 179 ikatan dokumen berhubung kes tersebut.
Bagaimanapun Tengku Maimun berkata, berdasarkan rekod sebelum ini, mahkamah telah mengeluarkan peringatan kepada pihak terlibat sebanyak empat kali, bahawa rayuan akan diteruskan mengikut tempoh yang ditetapkan, iaitu antara 15 Ogos hingga 26 Ogos 2022.
Berdasarkan kes duluan, beliau berkata, panel hakim bersetuju bahawa akses kepada prosiding yang adil adalah sebahagian daripada kebebasan kehidupan peribadi, seperti yang termaktub di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun Tengku Maimun berkata, hak itu bukan sesuatu yang mutlak.
Katanya lagi, jika penangguhan itu dibenarkan, ia akan membazirkan sejumlah besar dana awam, dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan serta Peraturan Perundangan memerlukan mana-mana tertuduh diadili seperti tertuduh yang lain.
Tertuduh, jelasnya lagi, tidak boleh membuat pilihan tersendiri berhubung pilihan mahkamah, pendakwaan, atau keseluruhan proses keadilan.
Berdasarkan alasan yang diberikan, Tengku Maimun berkata, panel hakim sebulat suara menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.
Dalam sidang media susulan, Najib berkata, beliau amat terkejut dan kecewa dengan keputusan tersebut, khususnya permohonan memasukkan bukti baharu berhubung Hakim Bicara SRC International, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
“Saya percaya bukti baharu tersebut akan menunjukkan penglibatan Hakim Nazlan. Beliau sedar beliau mempunyai pengetahuan mendalam tentang transaksi 1MDB dan SRC International. Maka beliau ada pengetahuan mendalam tentang dua entiti ini.
“Saya juga percaya siasatan yang dilakukan SPRM akan membuktikan perkara ini juga. Malangnya kita gagal untuk berbuat demikian. Tetapi dalam rayuan akhir, saya berharap kita dapat menunjukkan kebenaran,” katanya lagi.
Sementara itu Hisyam berkata, beliau seperti kehilangan kata-kata susulan dua keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.
Katanya lagi, sebagai pasukan peguam bela Najib, mereka akan membuat keputusan pada Khamis ini, tentang langkah apa yang perlu dilakukan seterusnya.
“Kami akan memikirkan dan memberi pertimbangan terhadap perkara ini sedalam-dalamnya, kerana ini adalah pusingan terakhir rayuan.
“Saya kehilangan kata-kata kerana saya amat terkejut. Malah permohonan untuk menangguhkan rayuan pun tak diterima walaupun kami memberi hujahan yang lengkap.
"Saya fikirkan mahkamah akan bersimpati dan melaksanakan budi bicara mereka, dan memberi kelebihan kepada kami,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Aug 16 2022

Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara. - Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd

Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.

Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.

Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.

Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.

Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.

Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.

Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu

Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.

Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.