KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan berkata keputusan mahkamah rayuan untuk menolak rayuan Stampa dan mengesahkan hukuman penjara enam bulan serta larangan satu tahun daripada menjalankan tugas sebagai penimbang tara itu, telah dimaklumkan pada hari Jumaat lepas.
"Dalam penghakimannya Mahkamah Rayuan Madrid mengesahkan bahawa Stampa dengan sedar dan sengaja mengingkari keputusan serta perintah jelas Mahkamah Tinggi Madrid yang yang diputuskan susulan pembatalan pelantikannya sebagai penimbang tara.
"Mahkamah Rayuan Madrid kini menolak rayuan Stampa dan telah mengesahkan bahawa Stampa mempunyai kewajipan untuk mematuhi keputusan dan perintah Mahkamah Tinggi Madrid, tanpa mengira pendapat dia mengenainya, atau sebarang perkembangan dalam timbang tara yang dia secara tidak sah terus mempengerusikannya walaupun selepas pembatalan, dengan kesan retroaktif terhadap pelantikannya dan anugerah separa mengenai bidang kuasa yang telah dikeluarkannya," katanya.
Pada Disember 2021, selepas pemindahan prosiding timbang tara dari Sepanyol ke Perancis yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Malaysia yang mempunyai keyakinan penuh dan tidak berbelah bagi terhadap sistem keadilan Sepanyol, telah memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau telah menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya untuk membeli forum di negara lain.
Pada 11 Dis tahun lepas, mahkamah mendengar hujah kedua-dua pihak dan Kerajaan Malaysia telah menggesa Mahkamah Madrid agar menjatuhi hukuman penjara ke atas Stampa.
Mahkamah Jenayah yang bertanggungjawab terhadap perkara itu pada 22 Dis tahun lepas dalam keputusannya mengisytiharkan bahawa tindakan Stampa merupakan kesalahan jenayah, dan Stampa kemudian memfailkan rayuan terhadap penghakiman itu di Mahkamah Rayuan Madrid.
Azlina berkata Malaysia menyambut baik keputusan penting itu dan menganggap ia sebagai kemenangan penting bagi kedaulatan undang-undang yang akan membantu memelihara kesucian timbang tara antarabangsa sebagai satu bentuk alternatif dalam penyelesaian pertikaian.
Beliau berkata Malaysia juga yakin bahawa kemenangan ini akan terus menjadi penghalang kepada tindakan buruk yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam Penipuan Sulu.
"Ia mengesahkan sekali lagi bahawa Penipuan Sulu terjadi disebabkan oleh tingkah laku jenayah seorang penyangak penimbang tara," katanya.
Azalina turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen dan keazaman teguh beliau dalam melindungi kedaulatan Malaysia walau apa cara sekalipun, serta sokongan tidak berbelah bahagi beliau kepada pasukan Malaysia yang memerangi dakwaan remeh ini.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Luar, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Sekretariat Khas Bilik Gerakan Sulu, rakan sejawatnya dan rakyat Malaysia amnya atas sokongan berterusan mereka dalam perjuangan ini.
"Kerajaan MADANI Malaysia akan terus memastikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan Malaysia dilindungi pada setiap masa," katanya.
Sebelum ini lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai pewaris kesultanan Sulu yang telah tidak berfungsi, memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol untuk mendapatkan berbilion dolar AS daripada Malaysia berhubung tuntutan keatas Sabah, dan mahkamah di Madrid pada Mac 2019 telah melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes tuntutan Sulu.
Malaysia telah memperoleh kemenangan dalam pertikaian yang telah lama berlarutan, hasil keputusan Mahkamah di Luxembourg, Mahkamah Rayuan Hague di Belanda, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan juga di Mahkamah Sepanyol.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Azalina berkata, Malaysia yakin bahawa kemenangan ini akan terus menjadi penghalang kepada tindakan buruk yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam Penipuan Sulu. - Gambar fail

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan - Wisma Putra
Wisma Putra sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama kementerian dan agensi yang berkaitan tentang penularan video itu.

Tuntutan Sulu, isu ‘dark side’ dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan persidangan Dewan Rakyat.

Tuntutan Sulu: Malaysia mahu Stampa dipenjara - Azalina
Malaysia mahu Mahkamah Madrid menjatuhi hukuman penjara ke atas Gonzalo Stampa yang didakwa menghina mahkamah.

Kerajaan cadang bentang RUU Imuniti Negara pada sidang Parlimen Oktober - Azalina
Ia antara lain mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, dan perkhidmatan berkesan kepada negara asing.

Tuntutan Sulu: Siri kemenangan Malaysia bukti kejayaan pertahan kedaulatan negara - Fahmi
Siri kemenangan di mahkamah antarabangsa dalam kes tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia membuktikan bahawa kerajaan berjaya mempertahan hak, harta serta kedaulatan negara ini.

Tuntutan Sulu: Keputusan Mahkamah The Hague kemenangan penting buat Malaysia
Keputusan oleh Mahkamah Rayuan The Hague dalam kes Sulu disifatkan sebagai kemenangan penting buat kerajaan Malaysia.

Tuntutan Sulu: PDRM beri jaminan keselamatan di Sabah terkawal - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri bawah bayu itu.

Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di Mahkamah Rayuan Paris
Keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

Kerajaan guna semua cara hentikan tuntutan Sultan Sulu - Azalina
Kerajaan akan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada bagi menghentikan tuntutan Sultan Sulu ke atas negara ini.