KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, yang mendengar perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram, hari ini mengingatkan orang awam supaya tidak melampaui batas dalam membuat sebarang kenyataan di media sosial berhubung kes itu.
Beliau, bagaimanapun, berkata, mahkamah tidak boleh menghalang orang awam daripada membuat sebarang komen kerana mereka mempunyai hak bersuara yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Tetapi ia adalah peringatan yang baik. Komen mesti dalam parameter yang dibenarkan dan jangan keterlaluan," katanya sambil menambah media bebas untuk melaporkan apa yang berlaku di mahkamah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin membangkitkan aduan berhubung tindakan seorang individu bernama Farhan yang membocorkan transkrip rakaman audio, yang belum ditandakan sebagai eksibit mahkamah dengan membuat hantaran mengenai transkrip itu di akaun Twitter atas nama Farhan.
Rakaman audio itu didakwa mengandungi perbualan antara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pegawai kanan SPRM Mohd Ihsan Sapuan yang memujuk ahli politik itu supaya menyokong kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rakaman audio itu dimainkan semasa Pegawai Penyiasat SPRM Mohd Syahmeizy Sulong, 37, memberi keterangannya di mahkamah semalam dan saksi pendakwaan itu akan menyambung keterangannya hari ini.
Wan Shaharuddin turut mempersoalkan bagaimana transkrip rakaman audio itu tersebar kepada pihak media, yang kemudiannya disiarkan oleh Astro AWANI dan Sinar Harian memandangkan ia hanya diberikan kepada pihak mahkamah terdiri daripada hakim, jurubahasa, pendakwaan dan pembelaan.
"Saya boleh sahkan ini bukan perbuatan dua rakan saya (merujuk kepada timbalan pendakwa raya lain).
“Mereka tidak akan melakukan perkara begini (bocor transkrip kepada media). Pendakwaan mohon mahkamah memanggil editor Astro AWANI dan Sinar Harian bagi memberi penjelasan bagaimana transkrip itu diperoleh," katanya yang turut memaklumkan kedua-dua agensi media itu tidak membuat liputan semasa rakaman audio itu dimainkan pada Rabu.
Mengenai individu bernama Farhan, Wan Shaharuddin berkata lelaki itu berada di mahkamah hari ini dan pihak pendakwaan memohon beliau memberi penjelasan kepada mahkamah bagaimana transkrip rakaman audio itu diperolehnya.
"Seperti yang saya katakan semalam, masih belum ditentukan keaslian pemilik suara dalam rakaman audio itu adalah Ehsan dan Syed Saddiq. Kita semua sudah dewasa, tetapi ini kerja budak mentah yang tidak cukup empuk lagi nasinya.
"Perbuatan pemilik Twitter ini jelas sub judice kerana dia membuat dapatan tentang kes yang masih dibicarakan. Dia jadi pendakwaan, dia jadi pembelaan dan jadi hakim dalam kes ini," katanya dan menambah satu laporan polis telah dibuat awal pagi tadi berhubung perkara itu.
Sementara itu, Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq tidak bersetuju dengan tuduhan pendakwaan transkrip itu dibocorkan kerana rakaman audio itu dimainkan semalam di mahkamah dan pihak media mempunyai kebebasan untuk melaporkannya.
"Saya tidak setuju transkrip ini dibocorkan kerana ia dibaca di mahkamah dan soalan ditanya adalah verbatim. Media dengar dan laporkan. Pihak media hanya menjalankan tugas dan buat apa yang berlaku di mahkamah. Ini tidak adil dan dalam hal ini Farhan mewakili orang awam," katanya yang turut memaklumkan mahkamah tidak mengeluarkan larangan kepada orang awam dan media supaya tidak menyiarkannya.
Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Syed Saddiq, Datuk S. Ambiga turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan yang disifatkan cuba membuli orang awam dengan membuat laporan polis berkaitan isu yang menyentuh integritinya.
Perbicaraan di hadapan Azhar bersambung.
Bernama
Thu Jul 21 2022
Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid yang mendengar perbicaraan kes Syed Saddiq berhubung pertuduhan pecah amanah serta pengubahan wang haram mengingatkan orang awam supaya tidak melampaui batas dalam membuat sebarang komen. - Gambar fail BERNAMA
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.
Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala
Cadangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meningkatkan bantuan kerajaan kepada golongan susah dibuat secara berkala mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal bertanding dalam Kejohanan Dunia Ironman yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.
Meskipun kesakitan, Syed Saddiq berjaya tamatkan kejohanan Ironman Malaysia
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan penyertaan sulungnya di kejohanan itu dalam tempoh lebih 13 jam.