GEORGE TOWN:Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari, yang parah dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand dilaporkan telah menjalani pembedahan membuang peluru di Dewan Bedah Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar memaklumkan Norihan mula dimasukkan ke bilik bedah sekitar jam 1.30 tengah hari Khamis.
Abd Rahim berkata, pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut kerana mangsa baru sahaja menjalani pembedahan pada 1.30 tengahari dan sehingga jam 3.15 petang tadi pembedahan masih lagi berjalan.
Katanya sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kemudian selepas semua urusan pembedahan selesai.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada Khamis.
Pada Rabu, Norihan dipindahkan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar ke HPP bagi menjalani pembedahan mengeluarkan tiga peluru di bahagian perut dan berdekatan tulang belakang.
Norihan dibawa dari HTF pada jam 7.40 malam dengan menggunakan ambulans yang diiringi kereta peronda polis.
Dua ahli keluarga, iaitu isteri dan adik mangsa turut hadir di HPP.
Pada Selasa, seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, maut akibat ditembak.
Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, mangsa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama Norihan yang mengalami kecederaan parah.
Kedua-dua mangsa dibawa ke HTF Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Nov 26 2020

Pada Rabu, Norihan dipindahkan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar ke HPP bagi menjalani pembedahan mengeluarkan tiga peluru di bahagian perut dan berdekatan tulang belakang. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri Sarjan Norihan cerita detik terima berita suaminya ditembak
Pada malam kejadian Fardilla tidak dapat tidur dan perasaan gelisah sehingga ke awal pagi, namun panggilan telefon dari bapa mertuanya pada jam 6 pagi amat mengejutkan.

Kes tembak PGA: Reman tiga lelaki warga Thai dilanjut
Ketiga-tiga suspek berusia antara 34 hingga 38 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, pada jam 9 pagi.

Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan Tari jalani pembedahan keluarkan peluru di HPP
Norihan mula dimasukkan ke bilik bedah sekitar jam 1.30 tengah hari Khamis.