Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap kes Teoh Beng Hock.
Dalam kenyataan media SPRM kepada Astro AWANI di sini, SPRM pada masa yang sama menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan Peguam Negara untuk membuat keputusan muktamad sama ada untuk mendakwa atau tidak mana-mana pihak yang terlibat.
"SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keadilan tercapai.
"SPRM juga berharap tindakan dapat diambil agar satu penyelesaian muktamad dapat dibuat
secepat mungkin," kata kenyataan itu.
Pada Jumaat, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan koroner dalam inkues kematian Beng Hock.
Hakim Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai and Datuk Hamid Sultan Abu Backer membaca penghakiman secara berasingan.
Panel tiga hakim ini diketuai oleh Mohamad Arif.
Dalam penghakimannya, Mah memutuskan bahawa ujian yang digunakan oleh majistret di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini adalah salah dalam menafikan dakwaan keluarga Beng Hock bahawa punca kematian itu melampaui keraguan yang munasabah.
Beng Hock, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di tingkat 14 bangunan itu pada 16 Jun 2009.
Astro Awani
Fri Sep 05 2014

SPRM maklum keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Beng Hock - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kes Teoh Beng Hock: SPRM serahkan kepada polis dan Peguam Negara
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan terhadap kes Teoh Beng Hock.