PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata penyakit tuberkulosis di Malaysia sentiasa ada, bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik kerana Bahagian Kesihatan Awam KKM sering memantau perkembangan jangkitannya.
"Bahagian Kesihatan Awam sedang melihat isu ini dan kita tak nak perkara yang tidak benar disebarkan, sebab kita tak nak nanti orang ramai jadi panik. Tuberkulosis memang ada, cuma ia dalam kawalan.
"Kita kena galakkan pesakit, kalau ada apa-apa tanda tentang penyakit itu khusunya batuk berterusan, terus pergi dapatkan rawatan," katanya kepada media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Dr Zaliha berkata rakyat boleh mendapatkan maklumat jumlah kes tuberkulosis yang berlaku di kawasan mereka menerusi aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan mengeluarkan kenyataan perkembangan terkini penyakit tuberkulosis dalam masa terdekat.
Antara simptom utama penyakit tuberkulosis ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.
Terdahulu ketika berucap pada program berkenaan, Dr Zaliha berkata pendekatan komprehensif secara One Health diperlukan bagi membendung penyebaran Kerintangan Antimikrob (AMR-Antimicrobial Resistance).
Beliau berkata AMR tidak hanya memberi impak kepada kesihatan manusia, tetapi juga merangkumi kesihatan haiwan, tumbuhan dan alam sekitar.
Katanya Malaysia giat memerangi AMR melalui pendekatan One Health dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerintangan Antimikrob Kebangsaan (NARC) pada 2017.
"Jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar ini memainkan peranan penting dalam mengawasi dan menyelaras strategi serta aktiviti berkaitan pembendungan AMR.
"Ini termasuk program kesedaran dan pendidikan, pemantauan dan penyelidikan, langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan serta pengawalan penggunaan antimikrob yang bersifat munasabah," katanya.
Pada majlis itu, Dr Zaliha juga melancarkan Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAP-AMR) 2022-2026, yang turut merangkumi sektor kesihatan alam sekitar dan tumbuhan.
"Pelan tindakan baharu ini berazam untuk menyusun program antimicrobial stewardship (AMS) yang berjaya dan mampan di kedua-dua kemudahan penjagaan kesihatan awam dan swasta, serta dalam sektor kesihatan haiwan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023
![Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700297201_ZalihaMustafa.jpg)
Dr Zaliha berkata rakyat boleh mendapatkan maklumat jumlah kes tuberkulosis yang berlaku di kawasan mereka menerusi aplikasi MySejahtera. - Foto BERNAMA
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739190937_KhaledNordin.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.
![Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986835_tbnanostix.jpg)
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
![Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927419_TBBAZAAR.jpg)
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
![Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738840255_TBINFLUENZA.jpg)
Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
![Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738838225_DzulkeflyAhmad.jpg)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738771879_produkkomestik.jpg)
KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
![WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
![KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733475013_gaduh.jpg)
KKM terima aduan insiden buli berbaur perkauman, budaya kerja toksik
KKM memaklumkan isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
![45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak 45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725700261_LukanismanAwangSaun.jpg)
45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
Penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.
![Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737111399_TBDOUBLETREE.jpg)
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.