KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung video tular perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang kakitangan jabatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara esok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok selari dengan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Razarudin berkata individu yang dinamakan sebagai 'Mr H', yang didakwa ada kaitan dengan video terbabit juga telah dipanggil hari ini bagi sambungan rakaman percakapan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata setakat ini tiada keperluan untuk mendedahkan identiti 'Mr H' kepada umum susulan siasatan masih dijalankan dan ia dikhuatiri akan mengganggu proses itu.
Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya baru-baru ini di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Berhubung kes gangguan seksual terhadap seorang wanita membabitkan pegawai sebuah agensi keselamatan pula, Razarudin berkata kertas siasatan kes itu juga akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.
Beliau berkata lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.
Sebelum ini, tular di media sosial paparan laporan polis seorang wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.
Dalam kes berasingan, Razarudin berkata lelaki yang ditahan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat hari ini.
"Siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai membuat hantaran berkenaan secara suka-suka kerana baharu menggunakan aplikasi TikTok.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk bukti-bukti teknikal dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 4 Dis ini," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik namun video tersebut sudah dipadamkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
![Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700741025_RazarudinHusain.jpg)
Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Bekas CEO Google muncul dengan Hooglee, fokus komunikasi menggunakan AI Bekas CEO Google muncul dengan Hooglee, fokus komunikasi menggunakan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736750398_EricSchmidt.jpg)
Bekas CEO Google muncul dengan Hooglee, fokus komunikasi menggunakan AI
Syarikat baharu ini dilihat akan memfokuskan kepada komunikasi yang dipermudahkan melalui penggunaan video dan kecerdasan buatan.
![IDF keluarkan video operasi di Lubnan, Gaza IDF keluarkan video operasi di Lubnan, Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728865382_IsraelDefenceforc.jpg)
IDF keluarkan video operasi di Lubnan, Gaza
Video tersebut menunjukkan anggota rejim berjalan di kawasan di mana konflik memuncak, termasuk di wilayah Jabalia, utara Gaza.
![YouTube Shorts perkenal enam ciri baharu seperti sari kata automatik seakan TikTok YouTube Shorts perkenal enam ciri baharu seperti sari kata automatik seakan TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713234741_YouTUBE.jpg)
YouTube Shorts perkenal enam ciri baharu seperti sari kata automatik seakan TikTok
Dengan ini golongan kurang pendengaran atau yang menonton video tanpa audio masih boleh mengikuti kandungan.
![Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664243303_EbitLew.jpg)
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
![Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700741025_RazarudinHusain.jpg)
Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok
Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
![Nepal larang guna aplikasi TikTok Nepal larang guna aplikasi TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684384690_banningTikTok.jpg)
Nepal larang guna aplikasi TikTok
Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.
![SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685190268_TBFahmiFazdil.jpg)
SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.
![Orang Asli sertai kursus dron, perkasa ekopelancongan guna video kualiti tinggi Orang Asli sertai kursus dron, perkasa ekopelancongan guna video kualiti tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684967354_OrangAsli.jpg)
Orang Asli sertai kursus dron, perkasa ekopelancongan guna video kualiti tinggi
Peserta turut diberi pendedahan meliputi pengetahuan asas mengenai teknologi dron dan kemahiran penerbangan.
![#BookTokMalaysia suburkan budaya membaca rakyat Malaysia #BookTokMalaysia suburkan budaya membaca rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684375855_TBbooktok.jpg)
#BookTokMalaysia suburkan budaya membaca rakyat Malaysia
Jualan buku dan pinjaman buku digital dilaporkan naik mendadak sehingga lebih dua kali ganda berbanding sebelum PKP.
![Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681117809_PedoSamibermain.jpg)
Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah
Baru-baru ini, tular video menunjukkan Dalai Lama mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.