KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan berhujah di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa kesemua pernyataan bertulis Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican perlu diterima kerana ia menyentuh isu sikap bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly ketika bertugas.
Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata demikian ketika prosiding kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, Hisyam berkata, kenyataan Fadzlette akan menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid, maka mahkamah perlu menerima bukti itu asalkan ia berkaitan dengan kes tersebut.
“Pernyataan bertulis Fadzlette tidak sepatutnya dipadam dan wajar diterima selagi ia relevan bagi menyanggah kredibiliti Mazlina.
"Malah Fadzlette merupakan saksi pembelaan yang bebas dan keterangannya adalah material bagi menunjukkan sikap Mazlina yang cuai, enggan menurut perintah dan membelakangkan arahan yang diberikan," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran menghujahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Mazlina bertindak berat sebelah dan mempunyai niat tidak baik terhadap bekas ketuanya sendiri.
Mazlina sudah disoal balas ketika di peringkat pendakwaan, maka keputusan sama ada saksi itu boleh dipercayai atau tidak, akan ditentukan oleh hakim pada akhir perbicaraan kelak.
“Tujuan pasukan pembelaan hanyalah untuk memburuk-burukkan Mazlina dan menampakkan sikapnya yang tidak elok,” katanya.
Selepas kedua-dua pihak selesai berhujah, Sequerah berkata, akan menyampaikan keputusan permohonan tersebut pada Rabu.
Pada Isnin, pasukan pendakwaan memohon kepada mahkamah, agar 15 perenggan dalam pernyataan bertulis saksi pembelaan kedua, Fadzlette yang kini bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO itu, dibuang.
Raja Rozela berkata, mereka mengemukakan bantahan terhadap pernyataan itu kerana ia dianggap boleh merosakkan kredibiliti bekas Mazlina selaku saksi ke-90 pendakwaan.
Bukan itu sahaja, beliau berkata, pembelaan berulang kali membangkitkan isu bahawa Mazlina adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dalam perbicaraan sebelum ini.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Prosiding di hadapan Sequerah bersambung esok.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Sep 20 2022
![Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663570380_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Gambar BERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
Fuel Efficiency: Maximizing savings amid subsidy rationalization
Join Seow Lee Ming, General Manager Mobility at Shell Malaysia, discussing the launch of the new and improved Shell fuelsave Diesel. As Malaysia navigates the rationalization of fuel subsidies, discover how Shell's extensive research and innovative solutions are driving fuel efficiency and contributing to the journey towards Net Zero Carbon Emissions by 2050. Learn about Shell's strategies for balancing investment in EV infrastructure, leveraging digital technologies, and adapting to evolving consumer needs in one of ASEAN's highest car ownership markets.
![Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740014244_tbberpisahwargaas.jpg)
Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740015346_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
![ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740013283_tbJDTJordiAmatLi.jpg)
ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'
![Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729390471_tbSriGanes.jpg)
Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.
![Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011702_TBMuhammadSufi.jpg)
Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
![Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692582338_kesZahid.jpg)
Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid
Suami Siti Nurhaliza dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
![Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675393739_zahidhamidi.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.
![Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667215931_DatukSeriDrAhmad.jpg)
Ahmad Zahid pemurah, banyak beri sumbangan amal: Saksi
Ramai orang datang ke pejabat untuk bertemu Ahmad Zahid bagi mendapatkan dana bantuan antaranya untuk menyambung pelajaran.
![Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663736607_DrAhmadZahidHamid.jpg)
Kes rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa dijadual menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 9 pagi.
![Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663570380_ZahidHamidi.jpg)
Kes Yayasan Akalbudi: Pernyataan Fadzlette perlu diterima
Kenyataan Fadzlette akan menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid.
![Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662535770_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Rasuah VLN: Ahmad Zahid bebas atau bela diri diketahui 23 Sept
Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri akan diketahui pada 23 Sept ini.
![Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662452876_TBzahidhamidi.jpg)
Tak logik sumbangan politik setiap bulan selama empat tahun kepada Ahmad Zahid - Pendakwaan
Tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Pendakwa Raya.
![Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662368864_TBzahidhamidi.jpg)
Ahmad Zahid terima suapan untuk diri sendiri - TPR
Sumbangan tidak pernah dibayar ke dalam akaun UMNO walaupun bayaran itu dikatakan untuk politik.
![Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi - Ahmad Zahid Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661148208_ZahidHamidi.jpg)
"Saya tidak guna sumbangan politik RM6 juta untuk kepentingan peribadi" - Ahmad Zahid
Sebaliknya, wang itu disalurkan untuk amal jariah, wakaf dan aktiviti keagamaan, kata Ahmad Zahid Hamidi.
![Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657027176_TBZAHID.jpg)
Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept
Pendakwaan menutup kes selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat SPRM V. Mahendran, selesai memberi keterangan.