KUALA LUMPUR: Reformasi institusi diperlukan bagi melaksanakan agenda reformasi mengenai tadbir urus yang lebih baik, ketelusan dan akauntabiliti.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, semua pihak perlu memastikan undang-undang diluluskan di Parlimen supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara bebas dan berfungsi tanpa pengaruh politik.
"Khususnya, Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan.
"Peguam Negara berfungsi sebagai ketua penasihat kepada kerajaan dalam hal perdagangan komersial, sivil dan antarabangsa manakala Pendakwa Raya mengendalikan badan pendakwaan awam yang bebas, bertanggungjawab hanya kepada Parlimen.
"Bagi SPRM, lantikan kanan mesti ditapis oleh Parlimen dan semua aktivitinya bertanggungjawab kepada Parlimen. Kedua-dua pembaharuan ini adalah asas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wong berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Semalam, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 tahun, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berdepan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Mengulas lanjut, Wong yang juga Pengerusi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) berkata, pembaharuan itu perlu dilakukan dengan pantas dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya akan terus menggesa dan mendesak kerajaan saya untuk melaksanakan pembaharuan ini.
"Apabila undang-undang ini diwujudkan, maka mungkin kita akan melihat permulaan kepada berakhirnya pengaruh politik yang tidak wajar dalam perkara anti rasuah," ujarnya.
Afiezy Azaman
Tue Sep 05 2023
![Kes Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi Kes Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693883265_Wongchen.jpg)
WONG: Apabila undang-undang ini diwujudkan, maka mungkin kita akan melihat permulaan kepada berakhirnya pengaruh politik yang tidak wajar dalam perkara anti rasuah.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan? Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637831663_kanakporno.jpg)
Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?
Kesedaran mengenai keselamatan siber perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memastikan generasi muda lebih peka terhadap ancaman dunia digital.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi jam 5.49 petang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan, diserang sakit jantung
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
![Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739411363_CopadelRey.jpg)
Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid
Perlawanan separuh akhir itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini.
Op selamat 23 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Trump hubungi dua presiden, tekad tamatkan perang Rusia-Ukraine
Presiden America Syarikat, Donald Trump membincangkan perang di Ukraine dalam panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
![Kes Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi Kes Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693883265_Wongchen.jpg)
Kes Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi
Undang-undang perlu diluluskan di Parlimen supaya SPRM dan Jabatan Peguam Negara bebas berfungsi tanpa pengaruh politik, kata Wong Chen
![Pemimpin GLC perlu ada IQ, EQ dan SQ - Akhbar Satar Pemimpin GLC perlu ada IQ, EQ dan SQ - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622419951_AKHBARSATAR.jpg)
Pemimpin GLC perlu ada IQ, EQ dan SQ - Akhbar Satar
Seseorang pemimpin perlu mempunyai kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang tinggi sebelum dilantik memegang mana-mana GLC di negara ini.
![Malaysia negara keempat risau meniti usia tua - Ipsos Malaysia negara keempat risau meniti usia tua - Ipsos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557991690_old.jpg)
Malaysia negara keempat risau meniti usia tua - Ipsos
Kajian itu mendapati sejumlah 62 peratus warga Malaysia risau tentang penuaan, berbanding dengan 52 peratus jumlah kebimbangan di seluruh dunia.
![Jadi jentera politik: PTD perlu dipulihkan semula - Tun M Jadi jentera politik: PTD perlu dipulihkan semula - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51535906987_TunM.jpg)
Jadi jentera politik: PTD perlu dipulihkan semula - Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTD telah menyimpang daripada tugasnya termasuk apabila ia menjadi jentera parti politik kerajaan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).