KUALA LUMPUR: Mahkamah diberitahu sejumlah lebih RM9.3 juta wang dikeluarkan daripada akaun Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya tersebut.
Saksi terakhir pendakwaan, Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairudin Kilau, 44, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa transaksi terakhir itu dibuat pada 28 Mei 2018 dan dipindahkan kepada Yayasan Al-Falah.
Hasil siasatan juga mendapati pengeluaran wang tersebut dibuat atas arahan Ahmad Zahid selaku penandatangan tunggal bagi badan tersebut.
Ketika menjawab soalan tambahan pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt, Khairuddin turut memberitahu bahawa dia 'tidak berapa jelas’ mengenai tujuan pengeluaran wang tersebut.
BACA: Kes Zahid Hamidi: Tiada dokumen ditemui kerana Yayasan Akalbudi 'tidak wujud' - Saksi
BACA: Kes Zahid Hamidi: RM360,000 dana Yayasan Akalbudi untuk soal selidik, kajian pengundi - Saksi
Tambah Khairuddin, dia juga mendapati Yayasan Al-Falah tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Yayasan Akalbudi, selain tidak menemukan minit mesyuarat atau resolusi berkenaan sumbangan terhadap Yayasan Al-Falah.
Dalam perkembangan sama, Khairuddin memaklumkan hasil siasatan turut mendapati terdapat transaksi keluar dan masuk wang daripada Yayasan Akalbudi melebihi RM100 juta dalam tempoh Disember 2012 hingga Mei 2018.
Mahkamah Tinggi turut diberitahu bahawa sepanjang siasatan mendapati akaun simpanan dan semasa Yayasan Akalbudi tidak pernah disita atau dibekukan.
Yayasan Al-Falah dipengerusikan oleh adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala pembelaan diketuai oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 18 2021

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) ketika hadir untuk perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.